Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Proses iktiraf Santubong sebagai UNESCO Global Geopark fasa akhir – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Proses iktiraf Santubong sebagai UNESCO Global Geopark fasa akhir – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 4 days ago

PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menandatangani plak sempena perasmian Santubong Archeological Park dan Wallace Centre di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (kiri). Foto BERNAMA

PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarian buku jurnal khas pada majlis perasmian Santubong Archeological Park dan Wallace Centre di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (dua, kiri). Foto BERNAMA

SANTUBONG: Proses pengiktirafan Sarawak Delta Geopark yang merangkumi kawasan Taman Negara Santubong sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) kini berada pada fasa akhir.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kawasan Santubong sememangnya menjadi pusat penting terutamanya daripada aspek sejarah serta semula jadi yang berpotensi diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

“Buat masa ini kawasan Santubong telah diiktiraf sebagai geopark nasional jadi sekarang ini kita mahu angkat pada peringkat antarabangsa.

“Kita kini (pada fasa akhir), hanya menunggu untuk disahkan sahaja daripada pihak UNESCO,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Santubong Archeological Park dan Wallace Centre di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak bersetuju untuk melaksanakan projek naik taraf jalan daripada dua lorong kepada empat lorong di kawasan Santubong.

“Kita juga akan membina jambatan kedua baharu dan semua projek ini akan mengambil masa dalam tempoh tiga tahun untuk dilaksanakan.

“Projek ini akan meningkatkan accessibility ke kawasan Santubong supaya menjadi pusat pelancong,” katanya.

PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) menyempurnakan majlis perasmian Santubong Archeological Park dan Wallace Centre di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri). Foto BERNAMA

Pada 9 September lepas, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan pengiktirafan Lenggong Geopark dan Sarawak Delta Geopark menjadikan Malaysia bakal memiliki UGGp ketiga dan keempat selepas Langkawi dan Kinabalu sekali gus mengukuhkan kedudukan negara dalam usaha pemuliharaan alam semula jadi serta pengurusan mampan kawasan bernilai antarabangsa.

Kedua-dua geopark berkenaan menerima status Green Card daripada Mesyuarat ke-10 UNESCO Global Geoparks Council yang berlangsung di Kultralkura UNESCO Global Geopark, Chile, pada 5 dan 6 September lepas.

Lenggong dan Sarawak Delta Geopark diiktiraf bersama tujuh geopark lain daripada pelbagai negara dan keputusan itu akan dibawa ke Lembaga Eksekutif UNESCO untuk pengesahan sebelum pengiktirafan rasmi sebagai UGGp diberikan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pesta Hari Bukit Mas sasar 60,000 pengunjung, lonjak sosioekonomi Limbang
Next: Perhimpunan Motosikal warnai Pesta Simunjan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.