Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Waterfront Bandar Mukah akan dilaksana pada RMK-12
  • TEMPATAN

Projek Waterfront Bandar Mukah akan dilaksana pada RMK-12

Utusan Sarawak 5 years ago

MUKAH: Projek  Waterfront atau Tebingan Sungai Bandar Mukah yang dinantikan penduduk tempatan akan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurut  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo, ia sememangnya sudah tersenarai  untuk dilaksanakan.

“Saya tahu perkara tersebut sering diperkatakan di dalam facebook. Ia memang sudah di dalam senarai atau dalam perancangan  untuk dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya ketika merasmikan program pertanian di sini pada Selasa.

Tambahnya bukan itu sahaja,  malah benteng tebingan sungai di Kampung Penakub Hilir dan Kampung Datu juga termasuk dalam perancangan berkenaan.

“Juga dalam perancangan ialah untuk membangunkan benteng di kawasan Kampung Penakub Hilir dan Kampung Datu. Malah kita sudah memikirkan untuk membina 50 rumah di bawah program Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk menggantikan rumah-rumah penduduk yang terjejas akibat hakisan di sana.  Mungkin mereka kelak  akan dipindahkan ke tapak pembesaran kampung  Kpg Tellian Fasa 1,” tambahnya.

Beliau juga menyatakan projek kemudahan asas seperti Bekalan Air dan Elektrik  di kawasan Ulu Mukah dan Ulu Baoh di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian juga telah dan akan dilaksanakan.

Justeru, Yussibnosh menolak khabar-khabar angin yang menyatakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak membangun luar bandar di negeri.

Maka, beliau menasihati penduduk tempatan untuk tidak menerima bulat-bulat  apa yang diperkatakan pihak pembangkang terutama  parti-parti  dari luar negeri Sarawak yang hanya ingin meracunkan fikiran penduduk negeri ini.

“Mereka ingin memecah-belah kesatuan dan perpaduan yang kita nikmati sebelum ini, begitu juga dengan mereka yang pernah bersama kita dan muncul dengan parti baharu. Mereka kononnya memperjuangkan hak-hak Sarawak, sedangkan ia adalah yang diperjuangkan oleh GPS selama ini,” katanya lagi.

Maka katanya,  penduduk Sarawak seharusnya bersyukur kerana kerajaan di bawah kepimpinan GPS sangat utuh dan stabil.

“Lihat kerajaan kita tetap mempertahankan hak-hak kita, misalnya dari segi imigresen, terutama sekarang ini , Kerajaan Negeri tidak tidak sewenang-wenangnya membenarkan rakyat kita Malaysia seperti dari Semenanjung Malaysia dan malah jiran terdekat Sabah untuk masuk negeri ini. Khususnya pada masa ini, sesiapa yang masuk negeri  Sarawak akan dikuarantin 14 hari. Bagi penduduk Sarawak yang dikuarantin, makanan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, menunjukkan betapa kerajaan sedia ada memperjuangkan  rakyat dan negeri Sarawak,” tambahnya lagi.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: RM1 juta untuk ADUN laksana program pertanian
Next: Penduduk minta bantuan atasi masalah banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.