Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek ubah perahu tambang guna motor elektrik, bateri
  • TEMPATAN

Projek ubah perahu tambang guna motor elektrik, bateri

Utusan Sarawak 9 months ago

KUCHING: Sarawak Energy telah menyelesaikan Fasa 1 Projek Pak Tambang (e-Sampan) iaitu inisiatif tanggungjawab sosial korporat )CSR) diketuai Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Projek ini memberi tumpuan dalam memelihara warisan budaya bandar lama Kuching dan menggalakkan kelestarian alam sekitar melalui elektrifikasi perahu tambang ikonik bandar ini.

Pembentangan dan ujian prototaip e-Sampan, yang dikendalikan oleh Sarawak Energy, berlangsung di Masjid Hidayatul Rahman, Kampung Gersik, semalam.

Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II (Utiliti) merangkap ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Dimulakan pada pertengahan 2023, Projek Pak Tambang diketuai oleh Unit Inovasi Robotik Bahagian R&D Sarawak Energy, dengan kerjasama pengusaha sampan tempatan yang telah menggunakan e-sampan ini sejak Oktober tahun lepas.

Projek itu sejajar dengan rancangan DBKU untuk menghidupkan semula pengangkutan sungai bandar Kuching.

Sepanjang tempoh percubaan selama 10 bulan, Sarawak Energy menunjukkan kebolehlaksanaan teknikal menggunakan motor elektrik dan bateri menggantikan enjin petrol tradisional untuk perahu tambang.

Ia melibatkan penumpang harian, menyerlahkan beberapa faedah e-Sampan, termasuk lebih lancar dan operasi yang lebih senyap, serta penghapusan bau bahan api.

Pengurus Besar R&D Sarawak Energy, Dr Ng Sing Muk berkata, penukaran enjin petrol tradisional kepada motor elektrik telah mengurangkan kos operasi lebih 80 peratus dan juga mengurangkan jejak karbon.

“Dalam tempoh percubaan 10 bulan, kami juga melihat pengurangan dalam pelepasan karbon, pencemaran udara dan tahap bunyi.

“Ini selaras dengan visi kami untuk ‘menghijaukan grid’ dan ‘mengelektrikkan armada,” katanya.

Sementara itu, Fasa 2 inisiatif Projek Pak Tambang, yang sedang berjalan, memberi tumpuan kepada penerokaan dan perintis penyelesaian pengecasan untuk e-Sampan. Aktiviti promosi lain juga dirancang.

Projek Pak Tambang (e-Sampan) mencerminkan komitmen Sarawak Energy untuk menggabungkan tradisi dengan inovasi, memelihara warisan budaya Kuching yang kaya dipelihara sambil bergerak ke arah yang lebih hijau masa hadapan.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Jonah tak sabar balik Sarikei, jenguk kebun dabai
Next: Penyanyi jalanan berpeluang menangi wang tunai lebih RM4,000 Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.