Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Tebingan Sungai Daro RM35 juta bakal jadi ikon baharu dan tarikan pelancongan
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek Tebingan Sungai Daro RM35 juta bakal jadi ikon baharu dan tarikan pelancongan

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK RAKYAT…Dr Safiee pada Majlis Doa Selamat Mula Kerja Projek Pembangunan Tebingan Sungai Daro di tapak projek, hari ini.

DARO: Projek Pembangunan Tebingan Sungai Daro bernilai RM35 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada 20 November 2027 bakal menjadi landskap baharu serta pemangkin pembangunan ekonomi dan pelancongan di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Safiee Ahmad berkata, projek berkenaan dilaksanakan dalam tempoh kontrak selama dua tahun dan merupakan antara usaha berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur serta kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar dan pesisir sungai.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Doa Selamat Mula Kerja Projek Pembangunan Tebingan Sungai Daro di tapak projek, hari ini.

Dr Safiee berkata, pelaksanaan projek Tebingan Sungai Daro bukan sahaja bertujuan mencantikkan landskap kawasan sungai, malah berperanan sebagai tarikan baharu yang mampu merangsang aktiviti ekonomi setempat melalui sektor pelancongan, keusahawanan kecil dan sederhana serta penyediaan ruang rekreasi untuk masyarakat.

UNTUK KENANGAN….Dr Safiee merakam kenangan bersama tetamu pada Majlis Doa Selamat Mula Kerja Projek Pembangunan Tebingan Sungai Daro di tapak projek, hari ini.

“Projek ini diharap dapat menjadi ikon baharu bagi Daerah Daro, sekali gus meningkatkan imej kawasan ini sebagai sebuah daerah yang pesat membangun dan berdaya saing,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan pelaksanaan projek tersebut amat bergantung kepada kerjasama erat semua pihak termasuk agensi pelaksana, pihak kontraktor, perunding serta sokongan padu masyarakat setempat.

“Saya berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dan memberi kerjasama sepenuhnya agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan, dengan kualiti terbaik serta memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat,” ujarnya.

Dr Safiee turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku agensi pelaksana projek atas komitmen dan usaha berterusan dalam memastikan projek ini dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

DR SAFIEE….. berucap pada Majlis Doa Selamat Mula Kerja Projek Pembangunan Tebingan Sungai Daro di tapak projek, hari ini.

Beliau turut menyifatkan pembangunan Tebingan Sungai Daro selari dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk memperkasa pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar.

“Selain itu, ia akan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penyediaan kemudahan awam yang moden dan inklusif,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah JPS Sarawak, Ir. Ts. Faizal Suki, Pegawai Daerah Daro, Zul Usup, Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos, Pemanca Lau Oi Phen serta wakil syarikat konsultan dan kontraktor projek.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM300,000 UNIFOR bantu selenggara SK St Michael Plassu
Next: Sekolah Zon Selatan kumpul hampir 500,000 kilogram bahan kitar semula, catat rekod baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.