Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Tebingan Sri Aman bakal tarikan ikonik baharu
  • TEMPATAN

Projek Tebingan Sri Aman bakal tarikan ikonik baharu

Utusan Sarawak 2 days ago

DAYANG Noorazah mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan projek sambungan Tebingan Sri Aman di Bilik Mesyuarat SADA, di sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor semalam mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan projek sambungan Tebingan Sri Aman di Bilik Mesyuarat Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA).

Mesyuarat itu turut menumpukan kepada projek benteng penahan hakisan di sepanjang Sungai Batang Lupar yang dijangka memberi impak besar terhadap pembangunan kawasan sekitar.

Antara isu yang dibincangkan ialah cadangan jajaran projek sepanjang kira-kira 2.8 kilometer dari Kampung Hulu, Kampung Hilir sehingga ke Jambatan Batang Lupar 2, termasuk keperluan menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan serta akses ke sambungan tebingan.

Menurut Dayang Noorazah, projek berimpak tinggi itu dijangka mengubah landskap Tebingan Sri Aman sekali gus menjadi tarikan baharu bagi pengunjung dari dalam dan luar negeri.

“Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan khususnya peniaga kecil dan sederhana (PKS) melalui peningkatan aktiviti ekonomi di Daerah Sri Aman,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kerajaan Sarawak atas sokongan dan peruntukan yang diberikan.

“Terima kasih juga kepada semua agensi pelaksana dan konsultan yang terlibat. Diharapkan projek ini dapat dimulakan tahun depan tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Hadiah lebih RM10,000 taruhan Kejohanan Badminton Tertutup Dayak Sarawak 2025
Next: RIMUP usaha murni satukan murid pelbagai kaum, budaya dan agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.