Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Tebatan Banjir Air Pasang bakal siap sepenuhnya
  • TEMPATAN

Projek Tebatan Banjir Air Pasang bakal siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 4 years ago
BERBINCANG… Datuk Julaihi Narawi berbincang dengan pekerja yang menyiapkan projek semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak kedua-dua projek tersebut, baru-baru ini.

SEBUYAU: Kedua-dua Projek Tebatan Banjir Air Pasang Kawasan Daerah Kecil Sebuyau yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2022.

Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, pembinaan fasa 1 bagi kedua-dua projek tersebut dibangun menggunakan dana sebanyak RM88.1 juta secara keseluruhannya.

“Projek fasa 1 di Blok F merangkumi seluruh kawasan Kampung Sebuyau dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM34.6 juta manakala projek tebatan air di Bajong, Sebangan Blok A untuk fasa 1 pula memakan kos sebanyak RM53.5 juta kedua-dua projek tersebut dijangka siap pada Oktober 2022,” ulas beliau.

Mengulas lanjut, beliau berharap pembinaan kedua-dua projek tersebut berjalan dengan lancar mengikut tempoh yang ditetapkan.
“Pembangunan projek-projek ini mengambil masa dan kerjasama dari penduduk kampung juga perlu diperlukan,” kata beliau.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak kedua-dua projek tersebut baru-baru ini.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Rancakkan warisan budaya Sarawak
Next: PKS tulang belakang kepada ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.