Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Tangki Aras Tinggi RM13.9 juta bakal selesai isu tekanan air rendah di Simunjan
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek Tangki Aras Tinggi RM13.9 juta bakal selesai isu tekanan air rendah di Simunjan

Utusan Sarawak 4 days ago
MAJLIS penyerahan rasmi tapak daripada JBALB kepada kontraktor pelaksana di Kampung Hijrah, Simunjan, hari ini. Foto UKAS

SIMUNJAN: Masalah tekanan air rendah yang sekian lama membelenggu penduduk di sini dijangka selesai dengan pelaksanaan Projek Pembinaan Tangki Aras Tinggi bernilai RM13.9 juta di Kampung Hijrah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, projek itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan asas terbaik demi kesejahteraan rakyat luar bandar.

“Dengan adanya projek ini, penduduk akan dapat menikmati bekalan air bersih yang lebih berkualiti, stabil dan berterusan, sekali gus mengurangkan rungutan berkaitan gangguan bekalan air,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tapak projek berkenaan di Kampung Hijrah, hari ini.

Beliau turut mengingatkan kontraktor agar menyiapkan projek mengikut spesifikasi serta jadual ditetapkan, malah jika boleh disiapkan lebih awal daripada tempoh kontrak, ia akan memberi manfaat lebih cepat kepada penduduk.

Dalam pada itu, Awla mencadangkan pembinaan sebuah lagi tangki aras tinggi di Zon Sungai Apin bagi menampung keperluan penduduk kawasan tersebut yang masih berdepan masalah tekanan air rendah.

Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) dengan tempoh kontrak 24 bulan bermula 6 Ogos 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 5 Ogos 2027.

Menurut Jurutera Air JBALB Bahagian Samarahan Adzahari Baini, skop projek meliputi pembinaan tangki konkrit bertetulang berkapasiti tiga juta liter, menara konkrit setinggi 25 meter, tangki konkrit setinggi 4.5 meter, kerja paip sepanjang 2.3 kilometer serta pemasangan peralatan mekanikal dan elektrikal termasuk sistem SCADA, perlindungan kilat dan meter alir elektromagnetik.

Majlis penyerahan rasmi tapak daripada JBALB kepada kontraktor pelaksana turut disaksikan oleh Awla bersama Pegawai Daerah Simunjan, Sanuyah Mohamad dan Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Sabeli Razak. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SSL ambil alih pengurusan perkhidmatan penginapan di Taman Negara Niah
Next: Dialog PDRM–komuniti perkukuh usaha cegah jenayah di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.