Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek tangki air RM30 juta atasi tekanan air di Samarindah
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek tangki air RM30 juta atasi tekanan air di Samarindah

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Hamzah Brahim ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Stakan di Pusat Khidmat DUN Stakan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Isu tekanan air rendah di kawasan Taman Samarindah dijangka dapat diatasi menerusi pembinaan tangki air aras tinggi (High Level Water Tank) dengan anggaran kos sekitar RM30 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, projek tersebut kini berada di peringkat pelantikan kontraktor selepas proses tender selesai dilaksanakan.

Menurut beliau, Taman Samarindah merupakan antara kawasan perumahan terbesar di Sarawak dengan lebih 5,000 rumah, sekali gus menyebabkan tekanan air menjadi rendah apabila penggunaan meningkat.

“Jadi tekanan air agak kurang apabila penggunaan tinggi. Sebab itu kerajaan negeri telah memutuskan untuk membina tangki air aras tinggi bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Stakan di Pusat Khidmat DUN Stakan, hari ini.

Dalam masa sama, Hamzah memaklumkan pihaknya turut berbincang dengan Kementerian Telekomunikasi dan Utiliti, Dato Sri Julaihi Narawi bagi mendapatkan penyelesaian jangka pendek.

Katanya, satu kajian sedang dijalankan untuk membina tangki sementara sebagai alternatif sementara menunggu projek utama dilaksanakan.

“Saya harap perancangan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mengurangkan masalah tekanan air di Samarindah,” ujarnya.

Tambah beliau, tapak projek telah dikenal pasti dan pelaksanaan dijangka bermula tahun ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua kawasan parkir baru siap, atasi masalah kekurangan parkir di Rh Peter Dana
Next: Miri perkasa produk pelancongan, fokus naik taraf dan promosi strategik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.