Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Projek Taman Paya Bakau Kina Benuwa fasa dua diserahkan kepada MOTAC
  • NASIONAL

Projek Taman Paya Bakau Kina Benuwa fasa dua diserahkan kepada MOTAC

Utusan Sarawak 7 months ago
LAWATAN kerja Menteri Wilayah Persekutuan ke kawasan Projek Pembangunan Ekopelancongan Taman Paya Bakau Kina Benuwa Labuan. Taklimat disampaikan oleh pasukan projek JKR WP Labuan. Foto Kredit: Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Labuan

LABUAN: Fasa kedua Projek Pembangunan Ekopelancongan Taman Paya Bakau Kina Benuwa bernilai RM1.68 juta di sini telah siap dan diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 25 September lepas.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah berkata, JKR yang mengawasi pelaksanaan projek itu komited untuk memastikan semua pembangunan di Labuan memenuhi standard tinggi demi manfaat orang awam serta sektor pelancongan yang semakin berkembang.

“Fasa terbaharu projek ini termasuk pembaikan papan tanda, landskap, penambahbaikan laluan pejalan kaki dan pembinaan jeti terapung.

“Infrastruktur tambahan seperti tandas awam dan surau turut dirancang untuk kemudahan pelawat di samping meningkatkan daya tarikan taman ini sebagai destinasi rekreasi dan ekopelancongan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, JKR Labuan sentiasa memberikan sokongan padu terhadap usaha MOTAC dan Perbadanan Labuan dalam memelihara warisan Labuan dan mempromosikannya sebagai hab pelancongan utama.

Mohd Faizul berkata, kerjasama antara semua pihak terlibat penting untuk melindungi keindahan semula jadi pulau itu. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku antara Nov hingga Mac 2025
Next: Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.