Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek SMC Ward E galakkan komuniti amalkan pertanian hidroponik di rumah
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek SMC Ward E galakkan komuniti amalkan pertanian hidroponik di rumah

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR…(Tiga dari kiri) Amelia, Chou dan mereka yang hadir pada program itu merakam gambar kenangan

SIBU: Projek Pertanian Rumah Hidroponik SMC Ward E yang berlangsung di Taman Selera Harmoni berjaya menarik lebih 50 peserta hari ini.

Pengerusi penganjur, Kaunselor Amelia Tiu berkata, program itu dianjurkan bagi menggalakkan komuniti mencuba pertanian hidroponik di rumah kerana ia mudah, menjimatkan ruang serta mampu menghasilkan sayuran segar dan sihat.

“Melalui projek ini, kami berharap peserta bukan sahaja memperoleh ilmu praktikal, tetapi turut mendapat inspirasi untuk memulakan inisiatif hijau di kediaman masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau yang berkongsi jawatan pengerusi bersama Kaunselor Chuo Kok Jin menegaskan, usaha itu adalah inisiatif untuk menggalakkan masyarakat menerima kaedah pertanian moden dan lestari dari rumah sendiri.

Menurutnya, pertanian hidroponik bukan sahaja mesra alam malah memberi peluang kepada orang ramai menanam hasil segar secara mudah dan cekap.

“Dengan sokongan kukuh Majlis Perbandaran Sibu (MPS), wakil kawasan dan komuniti, kami percaya projek ini akan memberi inspirasi kepada lebih banyak isi rumah untuk mengamalkan pertanian hidroponik sebagai sebahagian gaya hidup mereka,” ujarnya.

Amelia berkata, penganjuran itu menjadi titik permulaan ke arah menyemarakkan minat komuniti terhadap pertanian bandar serta menghubungkan semula masyarakat dengan alam semula jadi.

Katanya, usaha berkenaan sekali gus menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih sihat dan hijau pada masa depan.

“Bagi pihak jawatankuasa penganjur, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan padu yang diberikan. Kehadiran anda menjadikan program ini lebih bermakna,” jelasnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: APM Sarikei tingkatkan kesiapsiagaan lakukan pemantauan awal kawasan berisiko banjir
Next: Belia Buddha perlu ambil peranan aktif memperkukuh ajaran dalam kehidupan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.