Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek sambungan Tebingan Sri Aman bermula selewatnya tahun depan
  • WILAYAH

Projek sambungan Tebingan Sri Aman bermula selewatnya tahun depan

Utusan Sarawak 5 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah pada Majlis Tahlil Perdana dan Program Ihya Ramadan yang berlangsung di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu Lemanak, petang tadi. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Projek sambungan Tebingan Sri Aman dijangka memberi nafas baharu kepada pembangunan Bandar Simanggang selepas mendapat restu daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak hari ini bagi membincangkan pelaksanaan projek tersebut.

Menurut beliau, pertemuan itu memberi perkembangan positif apabila kerajaan negeri bersetuju pada prinsipnya untuk melaksanakan projek sambungan Tebingan Sri Aman yang bakal bermula pada tahun ini atau tahun depan.

“Saya hari ini telah berjumpa dengan Premier Sarawak berkenaan pelaksanaan projek sambungan Tebingan Sri Aman. Alhamdulillah, projek ini telah mendapat restu daripada Premier Sarawak,” katanya.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah pada Majlis Tahlil Perdana dan Program Ihya Ramadan yang berlangsung di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu Lemanak, petang tadi. Foto Adi Safarman

Beliau berharap projek berkenaan dapat dilaksanakan seawal tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan bagi memastikan perancangan pembangunan bandar dapat dipercepatkan.

Dayang Noorazah berkata pelaksanaan projek itu dijangka memberi impak besar kepada landskap pembangunan Bandar Simanggang selepas siap kelak.

Tambah beliau, sambungan Tebingan Sri Aman bukan sahaja memperindah kawasan bandar malah bakal menjadi satu tarikan utama kepada penduduk serta pelancong yang berkunjung ke Sri Aman.

Katanya lagi, projek tersebut juga berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui peningkatan aktiviti perniagaan dan pelancongan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tahlil Perdana dan Program Ihya Ramadan yang berlangsung di Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu Lemanak, petang tadi.

Dalam pada itu, Dayang Noorazah turut berharap penganjuran majlis keagamaan dan kemasyarakatan seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Menurutnya, program sedemikian mampu mengeratkan ukhuwah serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Lemanak, Jamali Hamden berkata Majlis Tahlil Perdana dan Program Ihya Ramadan di Surau Hayatul Islam merupakan kali ketiga dianjurkan sejak 2022.

Beliau berkata penganjuran majlis tersebut bukan sahaja bertujuan mendoakan kesejahteraan masyarakat, malah menjadi wadah mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam mengimarahkan institusi surau dan masjid.

Pada majlis tersebut, Dayang Noorazah telah menyampaikan cek peruntukan khas daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar kepada Surau Hayatul Islam, Kampung Hulu Lemanak berjumlah RM5,000.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gelanggang serbaguna berbumbung SK Sungai Nyiar siap, realisasi impian warga sekolah
Next: Gabungan 10 PPWS Kabong edar 2,000 bekas sup, perkukuh semangat perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.