Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek sambungan Tebingan Batang Lupar Sri Aman dijangka bermula 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek sambungan Tebingan Batang Lupar Sri Aman dijangka bermula 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
DAYANG Noorazah melakukan lawatan di pameran pembangunan Pesta Benak 2025 petang tadi. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Projek sambungan Tebingan Batang Lupar Sri Aman dari Kampung Hulu hingga ke Jambatan Batang Lupar 2 dijangka bermula tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, pihak konsultan kini sedang berusaha gigih menyiapkan pelan terperinci sebelum ia dimuktamadkan.

“Kita berharap projek ini dapat dimulakan secepat mungkin pada tahun depan, sekali gus mengubah landskap pembangunan Bandar Simanggang selepas ia siap kelak,” katanya ketika berucap merasmikan Prapelancaran Pesta Benak Edisi ke-22 di Tebingan Sri Aman, hari ini.

Menurut Dayang Noorazah, kerajaan Sarawak berperanan besar merealisasikan pembangunan berimpak tinggi ini. Tanpa sokongan berterusan, katanya, Sri Aman akan terus ketinggalan berbanding daerah lain.

DAYANG Noorazah melakukan lawatan di pameran pembangunan Pesta Benak 2025 petang tadi. Foto: Adi Safarman

Beliau menegaskan, sambungan Tebingan Batang Lupar akan menjadi tarikan utama, bukan sahaja dari segi landskap bandar tetapi juga sebagai pemangkin ekonomi.

Selain itu, pembinaan bangunan Baitulmal yang tersergam indah di pusat bandar turut menjadi bukti pesatnya pembangunan di Simanggang.

“Jambatan Batang Lupar 2 pula dijangka siap pada tahun depan, dan kita berharap ia dapat digunakan menjelang penganjuran Pesta Benak,” katanya lagi.

Dengan harapan siapnya pembinaan Jambatan Batang Luapr 2 itu nanti, acara ikonik seperti Larian Laluan Jalan Benak juga berpotensi dianjurkan di atas jambatan tersebut.

Beliau menambah, projek pelebaran jalan raya di bandar serta jalan pesisir juga sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Kita menjangkakan projek-projek ini siap menjelang tahun depan atau selewat-lewatnya 2027, dan hasilnya akan mengubah wajah Sri Aman dengan lebih moden,” jelasnya.

Dayang Noorazah optimis pembangunan infrastruktur itu akan memberi manfaat besar dari segi ekonomi, sosial, dan kesejahteraan penduduk tempatan.

“Tidak lama lagi, Sri Aman bakal berdiri setanding daerah lain dengan landskap bandar yang lebih indah dan mesra rakyat,” tambahnya.

Turut hadir, Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh, Timbalan Residen Charlie Keling, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Pengerusi MAIS Daerah Sri Aman, Kaunselor Anthony Abell Chendan serta ketua kaum dan ketua masyarakat (KMKK) dan agensi kerajaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Hujan lebat punca jambatan SK Kambug runtuh, tindakan segera dirangka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.