Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek saliran di Rumah Mat Sebakak, Tanjung Bijat siap ikut jadual ditetapkan
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek saliran di Rumah Mat Sebakak, Tanjung Bijat siap ikut jadual ditetapkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
PROJEK pembinaan baharu sistem saliran di Rumah Mat Sebakak, Tanjung Bijat kini berada pada fasa siap pelaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan. Foto: ADUN Lingga

LINGGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor memaklumkan bahawa projek pembinaan baharu sistem saliran di Rumah Mat Sebakak, Tanjung Bijat kini berada pada fasa siap pelaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan di bawah inisiatif Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan Sarawak.

Beliau berkata, pelaksanaan projek tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam meningkatkan kualiti infrastruktur asas di kawasan luar bandar, khususnya bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

Menurutnya, projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai agensi pelaksana itu bermula pada 15 September 2025 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 16 Februari tahun ini, dengan Permata Bakong Enterprise dilantik sebagai kontraktor utama.

Dayang Noorazah menjelaskan bahawa pembinaan sistem saliran baharu ini dijangka memberi impak positif yang signifikan, termasuk menambah baik aliran air, mengurangkan risiko banjir serta meningkatkan tahap keselesaan persekitaran kediaman penduduk di Rumah Mat Sebakak.

Beliau turut menegaskan bahawa projek seumpama ini amat penting dalam menyokong agenda pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar, di samping memperkukuh daya tahan komuniti terhadap risiko bencana berkaitan cuaca.

Dalam pada itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran serta pihak kontraktor atas komitmen dan kerjasama erat dalam memastikan projek tersebut dilaksanakan mengikut spesifikasi teknikal dan tempoh yang ditetapkan.

Dayang Noorazah menambah bahawa Pusat Khidmat N.28 Lingga akan terus komited memantau pelaksanaan setiap projek pembangunan di kawasan berkenaan agar manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat, selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk memperkasa pembangunan luar bandar secara inklusif dan mampan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RM300,000 diperuntukkan bagi laksana dua projek RTP di DUN Krian
Next: Peruntukan khas berjumlah RM205,000 disalurkan kepada komuniti di kawasan Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.