Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP perkukuh kemudahan pendidikan luar bandar di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP perkukuh kemudahan pendidikan luar bandar di Meradong

Utusan Sarawak 3 hours ago
WONG Soon Mee (dua kiri) selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan tapak projek RTP do SJKC Min Daik pada semalam. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Usaha kerajaan memperkukuh kemudahan pendidikan luar bandar terus dipergiat melalui pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di beberapa sekolah sekitar Daerah Meradong bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, pelaksanaan projek RTP mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam merapatkan jurang kemudahan pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Pelaksanaan projek ini melibatkan penambahbaikan kemudahan asas termasuk infrastruktur sekolah bagi meningkatkan keselesaan warga pendidik dan pelajar.

“Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Daik yang menerima kerja-kerja naik taraf kemudahan fizikal di bawah peruntukan RTP,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, kemudahan yang lebih baik bukan sahaja menyokong proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan, malah mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Hadir bagi menyaksikan penyerahan tapak projek RTP di SJKC Min Daik pada semalam ialah Wong Soon Mee selaku wakil beliau.

Tiong Sii turut menegaskan bahawa pelaksanaan projek RTP bukan sahaja memberi manfaat kepada warga sekolah, malah turut membuka peluang kepada komuniti setempat menggunakan kemudahan sekolah bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Usaha berterusan memperkasa kemudahan pendidikan luar bandar akan terus menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan generasi muda menikmati akses pendidikan yang lebih berkualiti dan seimbang di seluruh kawasan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek RTP di Sebauh perkasa akses dan keselamatan komuniti rumah panjang
Next: TYT Sarawak teruskan kunjungan rumah terbuka Aidilfitri di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.