Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP DUN Meradong: Jambatan I-Beam di Kampung Selemas siap dibina
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP DUN Meradong: Jambatan I-Beam di Kampung Selemas siap dibina

Utusan Sarawak 9 hours ago
SAKSI…..ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menyaksikan penyerahan siap tapak projek. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Projek pembinaan Jambatan I-Beam bernilai RM150,000 di Kampung Selemas telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah hadir menyaksikan penyerahan siap tapak projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Meradong bagi projek tersebut, baru-baru ini.

Katanya, pembinaan jambatan ini amat penting kepada penduduk Kampung Selemas kerana ia bukan sahaja memudahkan pergerakan harian, malah turut meningkatkan tahap keselamatan pengguna, khususnya semasa musim hujan.

“Kemudahan jambatan ini membantu penduduk menjalankan urusan harian dengan lebih selamat dan lancar, terutama apabila berdepan keadaan cuaca tidak menentu.

“Terima kasih kepada pihak Jabatan Pemgairan dan Saliran (DID) Sarikei atas komitmen dan kerjasama erat dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dengan baik serta mengikut perancangan yang telah ditetapkan,” katanya kepada media selepas menyaksikan penyerahan siap tapak projek tersebut.

Tambahnya, kemudahan infrastruktur asas seperti jambatan merupakan nadi kepada pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar kerana ia memberi akses yang lebih lancar ke kawasan tangkapan hasil laut, sekolah serta kemudahan awam lain.

“Pembangunan infrastruktur yang baik memberi kesan langsung kepada kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat luar bandar.

“Dengan siapnya jambatan ini, penduduk Kampung Selemas kini menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selamat dan selesa, sekali gus menyokong aktiviti harian serta pergerakan komuniti setempat,” katanya.

Turut hadir Penolong Pegawai DID Sarikei, Husaini Ahie, Pemanca Yii Hee Sieng dan Ketua Kampung, Rizal Abdullah.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous:
BBP Sarikei jalankan khidmat khas tangkap ular sawa
Next: Jabatan Kecemasan HUS terima sumbangan 10 kerusi menunggu, tujuh kerusi rawatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.