Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP dan SADA lonjak pembangunan luar bandar DUN Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek RTP dan SADA lonjak pembangunan luar bandar DUN Simanggang

Utusan Sarawak 3 days ago

DATUK Francis Harden Hollis semasa Majlis Penyerahan Tapak Projek RTP bagi cadangan bina baharu jalan akses di Kampung Pruan yang diserahkan oleh agensi pelaksana kepada kontraktor, di sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SRI AMAN: Pelaksanaan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) terus menjadi pemangkin perubahan landskap infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan asas dan akses jalan raya yang lebih baik jelas melalui pelaksanaan projek-projek yang menyentuh keperluan sebenar rakyat luar bandar.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Tapak Projek RTP bagi cadangan bina baharu jalan akses (RC Crossing) di Kampung Pruan yang diserahkan oleh agensi pelaksana, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), kepada kontraktor Dafinah Enterprise. 

Surat tawaran kerja turut diserahkan oleh beliau sambil disaksikan oleh Janie Munan dan Ahmad Sharil Suhaili.

Menurut Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, sebanyak tujuh projek bina baharu jalan akses dengan kos keseluruhan berjumlah RM200,000 akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan bermula 15 September lalu dan dijadualkan siap pada 16 Mac 2026.

DATUK Francis Harden Hollis semasa Majlis Penyerahan Tapak Projek RTP bagi cadangan bina baharu jalan akses di Kampung Pruan yang diserahkan oleh agensi pelaksana kepada kontraktor, di sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Beliau turut melakukan lawatan susulan ke beberapa lokasi projek RTP dan SADA di kawasan Ulu Undop, termasuk pembinaan Jalan Akses ke Air Terjun Wong Asong, Kampung Sebangkoi, naik taraf Dataran Kejat Rumah Bair, Kampung Sebangkoi serta pembinaan Jambatan Konkrit, Kampung Sebujok.

Selain itu, naik taraf Jalan Akses Rumah Jalie, Kampung Ijok, baik pulih Jalan Akses dan Konkrit Pembetung, Rumah Sanggau, Kampung Sungai Reboh, naik taraf Jalan Akses dan Parit, Rumah Siliver, Kampung Kenyungan dan embinaan Jambatan Konkrit baharu merentasi Sungai Undop, Kampung Beleti, Sabu.

Harden menegaskan bahawa projek-projek ini bukan sahaja meningkatkan prasarana asas, tetapi turut membuka lebih banyak peluang ekonomi serta mempertingkat mobiliti penduduk luar bandar.

“Inilah bukti kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat di kawasan pedalaman. Kita mahu setiap rumah panjang dan kampung menikmati pembangunan seimbang dan inklusif,” katanya.

Lawatan tersebut turut disertai pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, sebagai tanda kerjasama erat antara wakil rakyat dan agensi pelaksana bagi memastikan kelancaran projek.

Harden turut menyatakan harapan agar penduduk memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh pelaksanaan projek demi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gelanggang Gasing Kampung Tanjung Hulu Saratok bakal dinaik taraf
Next: KPDN Sarawak periksa 112,404 premis sejak awal tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.