Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP 2025 DUN Tamin bermula di Rumah Panjang Nanga Alat
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP 2025 DUN Tamin bermula di Rumah Panjang Nanga Alat

Utusan Sarawak 7 hours ago
WAKIL JKR menyerahkan tapak projek kepada kontraktor terpilih di Rumah Panjang Tuai Rumah Sophia Amok Anak Bada, Nanga Alat, Ulu Selangau.  Foto DUN N.59 TAMIN

SELANGAU: Projek pembangunan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 bagi kawasan DUN Tamin dimulakan semalam melalui majlis penyerahan tapak projek di Rumah Panjang Tuai Rumah Sophia Amok Bada, Nanga Alat, Ulu Selangau.

Projek yang dijadual bermula pada 5 Januari 2026 ini melibatkan kerja meratakan tapak rumah panjang dan dijangka siap sepenuhnya pada 4 April 2026.

Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan asas yang selamat, terancang, dan mampan kepada komuniti luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang berkata, projek RTP ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri memastikan masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada pembangunan.

“Tapak rumah panjang yang selamat dan tersusun adalah keutamaan untuk meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan komuniti pedalaman.

“Setiap projek akan dipantau bagi memastikan spesifikasi teknikal dipatuhi, tempoh masa dituruti dan manfaat sebenar sampai kepada rakyat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Pusat Khidmat DUN Tamin, Kaunselor Ajan Dau dan Kaunselor Nyireng Saleh, pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil kontraktor projek serta Tuai Rumah Sophia Amok.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek mitigasi banjir Sungai Lutong Zon B perlu dipercepatkan
Next: PKMS anjur program derma darah 4.0 esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.