Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP 2025 bukti komitmen kerajaan perkasa luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP 2025 bukti komitmen kerajaan perkasa luar bandar

Utusan Sarawak 19 hours ago
SAKSI… Kapitan Ling Dien Yong (tiga kanan) selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyaksikan penyerahan tapak projek kepada kontraktor. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Komitmen kerajaan dalam meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar diterjemahkan melalui pelaksanaan beberapa projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, pelaksanaan projek ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kemudahan asas penduduk luar bandar sentiasa diberi keutamaan.

“Setiap projek yang dilaksanakan adalah hasil maklum balas penduduk di peringkat akar umbi. Kita mahu memastikan semua komuniti menikmati kemudahan asas yang lebih baik, selamat dan selesa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan projek RTP adalah sebahagian daripada agenda kerajaan untuk menyeimbangkan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Kita akan terus memberi perhatian kepada keperluan sebenar rakyat serta memastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Lawatan serah tapak bagi projek tersebut telah dijalankan oleh Kapitan Ling Dien Yong yang mewakili Dato’ Sri Huang Tiong Sii, bagi menyaksikan penyerahan tapak kepada kontraktor yang dilantik.

Antara projek yang diserahkan adalah kerja premix dan penyediaan tempat letak kenderaan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Langsat, pembinaan tembok tanah di Rumah Robert Igo, serta pembinaan longkang bertutup dan lantai simen sebagai tempat letak kereta di Rumah Angelessa.

Selain itu, turut dilaksanakan adalah projek pembinaan dinding gabion di Rumah Rosyvia Ubak, penyimenan tapak rumah panjang 10 pintu di Rumah Elizabeth Sangkap dan kerja penyimenan lantai dan parit di Rumah Kiong Rangi.

Satu lagi projek berimpak tinggi di bawah RTP 2025 turut dijalankan di Masjid Nur Permai, melibatkan kerja menaik taraf laluan pejalan kaki baharu, penukaran pintu dan tingkap, penambahbaikan dapur, stor serta tandas, selain peluasan bumbung dewan terbuka sedia ada.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Ulu Mukah kini nikmati jambatan besi baharu, ganti jenis kayu balak 
Next: Jalan Wenhong junction pothole endangering motorists, says Michael Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.