Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek rintis eCOSS akan dilaksana tahun ini, kawal minyak masak subsidi peringkat runcit  
  • SEMASA

Projek rintis eCOSS akan dilaksana tahun ini, kawal minyak masak subsidi peringkat runcit  

Utusan Sarawak 2 months ago
TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh menjawab Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Projek rintis Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dijangka dilaksanakan tahun ini bagi mengawal penjualan minyak masak subsidi di peringkat peruncitan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

Beliau, berkata sistem elektronik eCOSS dibangungkan untuk mengesan perjalanan minyak masak paket daripada pembungkus kepada pemborong dan peruncit, sekali gus memastikan jualan hanya kepada kumpulan sasar.

“Ketika ini di pihak peruncit kita belum ada sistem untuk kesan jualan kepada pengguna. Oleh itu kita sedang membangunkannya dan akan mulakan projek pertama tahun ini.

“Mungkin pengguna perlu guna sistem itu dengan scan kod QR atau kaedah lain bagi memastikan warga asing tidak boleh beli minyak masak subsidi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Salehuddin Saidin yang ingin mengetahui sejauh mana penguatkuasaan dapat mengekang perbuatan menyorok atau menyeleweng minyak masak subsidi.

Fuziah, berkata selain itu kerajaan turut meningkatkan kuantiti minyak masak paket dalam program  Jualan Rahmah bagi memastikan lebih ramai kumpulan sasar mendapat bekalan.

Selain itu arahan kawalan bekalan juga dikuatkuasakan, termasuk had pembelian maksimum tiga paket bagi setiap pengguna serta pelaksanaan sistem zon di Sabah dan Sarawak yang mengehadkan pembungkus untuk menjual hanya dalam kawasan yang ditetapkan. 

Fuziah berkata dari 1 Januari 2024 hingga 18 Mac tahun ini, 605 kes berkaitan minyak masak subsidi direkodkan, termasuk sembilan kes menyorok minyak masak dengan jumlah rampasan 3,655 kilogram.  – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: LPKP: Restore taxis credibility to boost public confidence
Next: Permohonan permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN kini dibuka  – APAD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.