Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Pusat Seni Persembahan Sarawak tunjuk prestasimemberangsangkan, dahului jangkaan
  • TEMPATAN

Projek Pusat Seni Persembahan Sarawak tunjuk prestasimemberangsangkan, dahului jangkaan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PROJEK Pusat Seni Persembahan Negeri Sarawak yang sedang dibangunkan kini semakin menghampiri realisasi. Foto JKR Sarawak

PETRA JAYA: Projek Pusat Seni Persembahan Negeri Sarawak yang sedang dibangunkan kini semakin menghampiri realisasi apabila pelaksanaannya menunjukkan prestasi kerja yang memberangsangkan serta mendahului jangkaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelaksanaan projek berkenaan berada dalam jadual dan diyakini dapat disiapkan mengikut perancangan serta menepati standard kualiti yang ditetapkan.

TINJAU…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika mengadakan lawatan di Pusat Seni Persembahan Negeri Sarawak, hari ini. Foto Norman B

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak ke Projek Cadangan Pengubahsuaian dan Transformasi Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak kepada Pusat Seni Persembahan Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

PENGARAH Jabatan Kerja Raya, Datu Cassidy Morris menyampaikan taklimat kepada Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika lawatan di Pusat Seni Persembahan Negeri Sarawak, hari ini. Foto Norman B

Menurutnya, lawatan tersebut bertujuan meninjau kemajuan semasa projek serta memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut spesifikasi teknikal dan jadual yang telah ditetapkan.

Dari segi kemajuan fizikal, projek itu telah mencapai 29.84 peratus setakat 25 Februari 2026, selaras dengan perancangan pelaksanaan semasa.

PROJEK bernilai RM247 juta itu direka dengan kapasiti 600 tempat duduk, sejajar dengan keperluan sebuah pusat seni persembahan bertaraf negeri yang bakal menjadi platform utama penganjuran acara seni dan budaya. Foto Norman B

Projek bernilai RM247 juta itu direka dengan kapasiti 600 tempat duduk, sejajar dengan keperluan sebuah pusat seni persembahan bertaraf negeri yang bakal menjadi platform utama penganjuran acara seni dan budaya.

Semasa lawatan berkenaan, taklimat projek telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datu Cassidy Morris yang merangkumi skop kerja serta status semasa pelaksanaan projek.

DITEMUI MEDIA… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media ketika lawatan di Pusat Seni Persembahan Negeri Sarawak, hari ini. Foto Norman B

Projek Pusat Seni Persembahan Negeri Sarawak dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2027 dan bakal muncul sebagai mercu tanda baharu negeri, sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai pusat kesenian, tarian, muzik dan warisan budaya etnik di peringkat nasional serta antarabangsa.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Rujukan ke Mahkamah Persekutuan langkah sah pertahan hak Sarawak
Next: LAKMNS perluas kerjasama strategik, jana pendapatan mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.