Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek PMR 2025 bawa manfaat kepada penduduk Rumah Kam Gaing
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek PMR 2025 bawa manfaat kepada penduduk Rumah Kam Gaing

Utusan Sarawak 10 hours ago
SAKSI….Wong Soon Mee (kiri) menyaksikan penyerahan siap projek di Rumah Kam Gaing. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Penduduk Rumah Kam Gaing di Sungai Mador kini memiliki ruang serbaguna baharu hasil pelaksanaan Projek Program Mesra Rakyat (PMR) 2025.

Ia merupakan inisiatif Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, dalam memperkukuh kemudahan asas di kawasan luar bandar.

Tiong Sii, yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, berkata melalui pelaksanaan projek tersebut, kawasan bawah rumah panjang telah dinaik taraf dengan penurapan lantai konkrit.

Langkah itu sekali gus menyediakan ruang yang lebih selamat, bersih, dan sesuai untuk digunakan bagi pelbagai aktiviti komuniti setempat.

“Projek yang dilaksanakan melalui PMR ini dilihat bukan sahaja meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar, malah turut memperkukuh semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan penduduk.

“Rumah panjang berkenaan yang menempatkan 18 pintu kini mempunyai ruang serbaguna baharu yang boleh digunakan bagi pelbagai kegiatan sosial dan masyarakat seperti mesyuarat, gotong-royong serta sambutan perayaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan projek di bawah PMR akan diteruskan di seluruh kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok bagi memastikan rakyat luar bandar menikmati pembangunan yang seimbang.

“Kita mahu setiap lapisan masyarakat, termasuk penduduk di rumah panjang dan kawasan pedalaman dapat merasai manfaat pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Hadir bagi mewakili Tiong Sii menyaksikan penyerahan siap projek tersebut ialah Wong Soon Mee daripada Pusat Khidmat Parlimen Sarikei. 

Sementara itu, Tuai Rumah Kam Gaing, menzahirkan penghargaan kepada Tiong Sii atas keprihatinan dan komitmen beliau terhadap kesejahteraan komuniti luar bandar.

“Terima kasih kepada Dato’ Sri Huang Tiong Sii kerana prihatin terhadap keperluan kami. 

“Projek ini benar-benar memberi manfaat besar kepada komuniti dan menjadikan kawasan rumah panjang kami lebih selesa dan teratur,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Lubok Antu perkukuh siap siaga hadapi musim MTL
Next: Eksklusif: BBP Bintangor siap siaga hadapi Monsun Timur Laut 2025/2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.