Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek perumahan sakit di Bintulu selesai selepas 7 tahun tertangguh
  • Utara
  • WILAYAH

Projek perumahan sakit di Bintulu selesai selepas 7 tahun tertangguh

Utusan Sarawak 1 day ago
Datuk Michael Tiang Ming Tee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming merakam gambar bersama para pembeli rumah projek di Lot 6256 dan Lot 6258, Blok 32, Kemena Land District di Bintulu.

BINTULU: Selepas hampir tujuh tahun terbengkalai, sebuah projek perumahan di Kemena Land District akhirnya berjaya dipulihkan hasil campur tangan kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Projek Perumahan (JKTP).

Sebahagian unit kediaman dalam projek tersebut kini telah siap dan diserahkan kepada pembeli, sekali gus memberi kelegaan kepada lebih 70 pemilik rumah yang terkesan sejak 2017.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, kejayaan itu membuktikan peranan JKTP sebagai platform penyelesaian yang berkesan dalam menangani projek sakit di Sarawak.

“Isu teknikal yang menghalang projek ini akhirnya dapat diselesaikan melalui kerjasama rapat antara pemaju, agensi teknikal serta pembeli sendiri. 

“Hasilnya, Permit Menduduki (OP) berjaya dikeluarkan dan sebahagian pembeli boleh menduduki rumah mereka,” katanya.

Datuk Michael Tiang Ming Tee dan ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming melihat keadaan rumah bersama pembeli rumah.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penyerahan Permit Menduduki (OP) dan Kunci Rumah kepada Pembeli Rumah Projek Perumahan Lot 6256 dan 6258, Blok 32 Kemena Land District di sini, hari ini.

Tambah Michael, kementeriannya akan terus mengawasi pelaksanaan projek sehingga baki unit disiapkan sepenuhnya, sambil menegaskan bahawa kepentingan pembeli adalah keutamaan utama.

Beliau turut mengesahkan beberapa lagi projek sakit di Bintulu kini sedang dalam proses pemulihan dan yakin pengumuman positif dapat dibuat dalam masa terdekat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Abdullah Saidol: Sumbangan RM831,000 kepada 20 JKKK Kampung dan rumah panjang
Next: Arena Sukan Bau dijangka siap sepenuhnya Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.