Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek perumahan pacu pembangunan pesat Daerah Subis
  • Utara
  • WILAYAH

Projek perumahan pacu pembangunan pesat Daerah Subis

Utusan Sarawak 23 hours ago
RASMI… Dato Lukanisman Awang Sauni bersama Kaunselor Sim Soon Wian memotong reben sebagai simbolik perasmian majlis Pecah Tanah Projek Perumahan di Kampung Angus, hari ini.

BEKENU: Daerah Subis kini menyaksikan lonjakan pesat dalam pembangunan, hasil pelaksanaan pelbagai projek perumahan yang dijalankan oleh pengusaha tempatan dan luar.

Inisiatif ini membuka peluang luas kepada penduduk setempat untuk memiliki rumah baharu yang lebih selesa dan moden, sekali gus menarik perhatian kawasan luar terhadap potensi pembangunan di sini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata demikian pada majlis Pecah Tanah Projek Perumahan di Kampung Angus di sini hari ini.

Katanya, projek perumahan yang sedang dan bakal dibangunkan merangkumi pelbagai jenis kediaman bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah hingga sederhana.

“Pelaksanaan projek ini bukan sahaja memenuhi permintaan terhadap perumahan, malah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Daerah Subis.

“Peningkatan aktiviti ekonomi melalui sektor pembinaan turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Syarikat LCMK Development Sendirian Berhad, Kaunselor Sim Soon Wian mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan memberi sokongan dan meluluskan pelaksanaan projek perumahan ini.

“Kesempatan ini saya menyuarakan beberapa harapan pembangunan di kawasan ini, iaitu diadakan saluran bekalan gas (paip) ke setiap rumah, penyediaan kemudahan awam mesra alam yang selari dengan agenda tenaga hijau.

“Naik taraf capaian internet serta pembangunan sektor pelancongan tempatan,” jelasnya.

Justeru itu, dengan pelbagai projek perumahan yang sedang giat dijalankan, Subis dijangka akan terus berkembang maju sebagai salah satu daerah yang pesat membangun di Sarawak, sekali gus meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan penduduknya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 500 pengunjung hadir meriahkan sambutan Majlis Makan Tahun di Bekenu
Next: Limbang alami gangguan bekalan air, pembaikan dijangka selesai petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.