Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek perparitan siap, risau banjir dan denggi berakhir
  • Utara
  • WILAYAH

Projek perparitan siap, risau banjir dan denggi berakhir

Utusan Sarawak 14 hours ago
LAWAT… Dato Sri Lee Kim Shin ketika mengadakan lawatan ke tapak projek naik taraf sistem perparitan di Jalan Dato Permaisuri 2C, Permyjaya di sini, hari ini.

MIRI: Projek naik taraf sistem perparitan di Jalan Dato Permaisuri 2C, Permyjaya telah berjaya disiapkan, sekali gus memberikan kelegaan kepada penduduk setempat yang lama berdepan masalah banjir dan air bertakung.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, projek yang bernilai RM300,000 itu dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan telah bermula pada 6 Januari lalu.

“Pojek tersebut menghadapi sedikit kelewatan disebabkan faktor cuaca dan kerja-kerja pembersihan kawasan rizab jalan, yang menyumbang kepada pelanjutan masa selama 40 hari, menjadikan tarikh siap baharu pada 14 Jun lalu berbanding tarikh asal, 5 Mei 2025.

“Projek ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir dan air bertakung yang kerap berlaku di kawasan perumahan dan turut menimbulkan risiko denggi akibat air statik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian semasa mengadakan lawatan tapak hari ini.

Tambahnya, projek itu melibatkan pembinaan saliran konkrit bertutup sepanjang 243 meter dan selebar 2.5 meter, menggantikan longkang sedia ada yang kecil dan tidak mencukupi, iaitu hanya 1.5 kaki lebar.

“Sebelum ini, penduduk menutup saliran kecil sedia ada dengan konkrit bagi memudahkan laluan, namun tindakan itu menyebabkan aliran air tersekat dan mengakibatkan banjir serta takungan air yang meningkatkan risiko berlakunya denggi.

“Air tidak boleh mengalir yang menyebabkan banjir dan air bertakung. Ini juga menimbulkan risiko denggi.

“Dengan projek ini, aliran air kembali lancar dan masalah itu berjaya diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu, projek ini merupakan satu-satunya projek RTP bagi kawasan tersebut pada tahun ini dan ia merangkumi seluruh kawasan yang sering terjejas sebelum ini.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: LCDA Prihatin anjur gotong-royong kelestarian komuniti di Serian
Next: Jangan kelirukan rakyat, MBKS sudah ambil tindakan – Dato Wee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.