Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek perlindungan pantai Kuala Sibuti bermula esok
  • Utara
  • WILAYAH

Projek perlindungan pantai Kuala Sibuti bermula esok

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAH… Datuk Rosey Yunus menyaksikan penyerahan projek oleh Jurutera Bahagian, DID Miri, Ts. Henry Tuah kepada pihak Kontraktor Bay Transpotison Sendirian Berhad di Kampung Kuala Sibuti pagi tadi.

BEKENU: Projek perlindungan pantai sepanjang 71 meter di Kampung Kuala Sibuti di sini akan bermula esok bagi menangani masalah hakisan pantai yang semakin kritikal dan mengancam keselamatan penduduk setempat.

Projek bernilai RM200,000 itu dijangka mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan dan akan dilaksanakan oleh Bay Transpotison Sdn Bhd.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, kawasan pantai berkenaan telah mengalami hakisan serius sepanjang sekitar 100 meter, menyebabkan beberapa struktur termasuk rumah dan kedai makan penduduk terjejas.

“Perlindungan sementara menggunakan struktur geobag telah dilaksanakan sebelum ini, namun langkah tersebut didapati tidak lagi berkesan dalam melindungi struktur kediaman yang terancam,” katanya.

HAKISAN…Dinding bangunan runtuh dan tebingan susur akibat hakisan pantai dan dilanda ombak di Kampung Kuala Sibuti hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak di Kampung Kuala Sibuti, pagi tadi.

Menurutnya, satu cadangan pembinaan lapis pelindung batu sepanjang satu kilometer turut dikemukakan bagi penyelesaian jangka panjang terhadap masalah hakisan pantai di kawasan berkenaan.

“Dalam masa yang sama, kita turut memohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Miri agar melaksanakan projek pengorekan muara sungai bagi melancarkan aliran air,” katanya.

Sementara itu, Jurutera Bahagian DID Miri, Ts. Henry Tuah berkata, kekangan untuk membawa batu bersaiz besar ke kawasan projek menyebabkan penggunaan struktur geobag terpaksa dilaksanakan buat sementara waktu.

“Cadangan tambahan yang dikemukakan akan dipantau dan dikemas kini sebelum dikemukakan semula. Bagi cadangan pengorekan muara sungai pula, permohonan peruntukan akan dibuat kepada kerajaan Persekutuan,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Program Jualan Rahmah jadi platform bantu rakyat tangani kos sara hidup
Next: Eksklusif: Inap Desa Izara terjejas ombak besar, projek benteng akan dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.