Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek perintis Tiang Pintar ESG MBKS papar kualiti udara masa nyata
  • TEMPATAN

Projek perintis Tiang Pintar ESG MBKS papar kualiti udara masa nyata

Utusan Sarawak 1 day ago
UCAPAN… Dato Wee Hong Seng, berucap pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Tiang Pintar ESG di Lobi MBKS, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Tiang Pintar ESG, projek perintis pertama di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), dilancarkan hari ini bagi memaparkan maklumat kualiti udara secara masa nyata di taman awam, sekali gus membantu orang ramai membuat keputusan lebih selamat ketika menjalankan aktiviti riadah.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, pelaksanaan projek tersebut bertujuan menjadikan maklumat berkaitan kualiti udara lebih telus dan mudah difahami masyarakat.

“Dengan adanya Tiang Pintar ESG ini, orang awam boleh mengetahui keadaan kualiti udara secara masa nyata dan seterusnya membuat pilihan yang lebih selamat sama ada untuk berjalan, berjoging atau melakukan aktiviti luar bersama keluarga,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di Lobi MBKS, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa projek perintis itu dimulakan dengan pemasangan dua Tiang Pintar ESG di Kuching Park dan Palmairum Park, menjadikan Kuching Selatan kawasan pertama di bandar ini memaparkan maklumat kualiti udara secara terbuka di taman awam.

DATUK Amar Dr Sim Kui Hian (kiri), menyempurnakan pelancaran Projek Perintis Tiang Pintar ESG MBKS di Lobi MBKS, hari ini. Foto Adele Rissa

Beliau mendedahkan bahawa tiang pintar berkenaan mampu memantau beberapa parameter alam sekitar termasuk PM2.5, karbon dioksida, suhu dan kelembapan. 

“Ia turut dilengkapi kamera litar tertutup serta butang kecemasan bagi meningkatkan keselamatan pengguna. Data yang dikumpulkan disepadukan dengan sistem MBKS seperti iPeople dan iBuyBack, sekali gus membolehkan perancangan bandar yang lebih berkesan serta tindak balas lebih pantas,” jelas beliau. 

Dato Wee turut memaklumkan bahawa projek ini sebelum ini telah diketengahkan di peringkat antarabangsa sempena Forum Datuk Bandar Antarabangsa 2025 di Toyota, Jepun, sebagai contoh pendekatan praktikal MBKS dalam mengaplikasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus. 

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Plan Malaysia atas sokongan pembiayaan yang memungkinkan pemasangan dua tiang berkenaan.

Pelancaran Projek Perintis Tiang Pintar ESG itu disifatkan sebagai satu langkah praktikal MBKS ke arah menjadikan Kuching Selatan sebuah bandar pintar yang lebih selamat, sihat dan mesra rakyat. 

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, mencerminkan sokongan kerajaan Sarawak terhadap pembangunan bandar pintar yang mampan dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Anak Sarawak wajib perkasa diri dengan kemahiran, pendidikan
Next: Tiang Pintar ESG perkukuh usaha Sarawak ke arah bandar pintar mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.