Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek penanaman padi hibrid manfaat tanah terbiar untuk pertanian produktif
  • SEMASA

Projek penanaman padi hibrid manfaat tanah terbiar untuk pertanian produktif

Utusan Sarawak 1 month ago
TUAIAN KETIGA… Padi varieti MR adalah tuaian ketiga di kawasan tersebut. Foto Facebook Datuk Len Talif Salleh 

TANJUNG MANIS: Projek penanaman padi hibrid di Sungai Bapa, Kampung Rajang kini mula menunjukkan hasil yang memberangsangkan, sekali gus menjadi contoh terbaik dalam memanfaatkan tanah terbiar untuk tujuan pertanian produktif.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, berkata projek ini membuktikan tanah yang sebelum ini terbiar mampu dimanfaatkan semula dengan pendekatan yang betul.

“Projek ini dijalankan melalui kerjasama antara Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR), Kumpulan Ta Ann melalui anak syarikatnya, Padi Head Sdn Bhd, serta penduduk Kampung Rajang. 

“Melalui projek ini juga akan dapat menyuburkan tanah yang sebelum ini terbiar, serta turut membantu meningkatkan taraf hidup penduduk dengan menggunakan pendekatan pertanian moden dan bersepadu,” katanya dalam satu kenyataan laman media Facebooknya, semalam. 

LAWATAN… Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad, Dato K.H Wong meninjau tapak projek penanaman padi hibrid di Sungai Bapa. Foto Facebook Datuk Len Talif Salleh 

Katanya, penanaman padi varieti MR telah pun dituai selepas 105 hari, menjadikan tuaian ketiga di kawasan tersebut. 

“Tuaian pertama telah disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa lawatannya, sekali gus memberikan impak positif terhadap projek ini.

“Ini adalah sebahagian daripada Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang berkaitan dengan penanaman padi sebagai langkah untuk menjadikannya sebagai salah satu pengeluar utama komoditi. 

“Perkembangan positif projek ini membuktikan potensi besar Kawasan Rajang untuk menjadi pengeluar beras terbesar di Sarawak. 

“Pelaksanaan projek ini, yang berpotensi berkembang lebih luas, dijangka memberi impak ekonomi yang besar kepada penduduk dan kawasan sekitarnya,” katanya lagi. 

Tambahnya, secara keseluruhan, kawasan Sungai Bapa mempunyai keluasan 800 ekar, dengan 500 ekar dimiliki penduduk kampung manakala baki 300 ekar merupakan tanah kerajaan yang diusahakan bersama dalam projek ini.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad, Dato K.H Wong dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Padi & Bijian (Ibu Pejabat), Jafaruddin Ali.

Oleh Earl Anek 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kebakaran Putra Heights: Nilai kerugian dianggar RM65.4 juta
Next: Ketahui lebih lanjut usaha pelaksanaan pendidikan tinggi percuma di Sarawak Sabtu ini  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.