Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek penanaman padi hibrid di Sungai Padi hasilkan varieti padi baharu 
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek penanaman padi hibrid di Sungai Padi hasilkan varieti padi baharu 

Utusan Sarawak 8 months ago
UNTUK ALBUM… ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama Pengerusi Eksekutif Onemas Agriculrure Sdn Bhd, Stephen Sia (tiga, kanan) dan Pulin Inchan (dua, kanan). 

BINTANGOR: Projek penanaman padi hibrid di Sungai Padi berjaya menghasilkan varieti padi baharu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Eksekutif Onemas Agriculrure Sdn Bhd, Stephen Sia di atas kejayaan projek tersebut. 

“Tahniah kepada Pengerusi Eksekutif Onemas Agriculrure Sdn Bhd, Stephen Sia dan pasukannya kerana berjaya menghasilkan varieti padi baharu di kawasan Sungai Padi. 

“Projek ini amat berjaya dan saya percaya ia mampu membawa banyak manfaat ekonomi kepada Daerah Meradong pada masa akan datang. 

“Oleh itu, kejayaan projek penanaman padi hibrid ini adalah sangat penting bagi mewujudkan tapak baharu untuk tanaman padi hibrid, sekali gus memberi peluang ekonomi kepada penduduk tempatan juga,” katanya. 

Koung Hiing berkata demikian kepada media pada majlis ringkas penyerahan beras Onemas kepada penduduk setempat, semalam. 

Pengagihan beras Onemas dijalankan di Kedai Kopi Sungai Padi, Rumah Junis di Sungai Kelupu, Rumah Dangat dan Rumah Temaga di Sungai Kawi. 

Tambahnya, kegigihan Onemas Agriculture Sdn Bhd mengambil pelbagai pendekatan dan langkah mengembangkan usaha penanaman padi adalah satu langkah baik. 

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Onemas Agriculrure Sdn Bhd, Stephen Sia berkata, proses penyemaian anak benih varieti padi mengambil masa kira-kira 30 hari di tapak semaian. 

“Ia kemudiannya dipindahkan ke sawah padi untuk proses pendebungaan selama kira-kira 100 hari sebelum matang dan boleh dituai. 

“Varieti padi hibrid dari China ini boleh ditanam sehingga tiga kali setahun dengan hasil purata sebanyak 10 hingga 13 tan sehektar,” katanya. 

Turut hadir, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Meradong, Pulin Inchan. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kuil Si Thian Hock Shu Moo Kuan Yin Tong terima suntikan dana UNIFOR RM200,000
Next: JAKIM teruskan usaha murni santuni PPDK, warga OKU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.