Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek penahan tebingan Sungai Kampung Sageng dijangka siap April 2027
  • TEMPATAN

Projek penahan tebingan Sungai Kampung Sageng dijangka siap April 2027

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAH… Ir. Ts. Ahmad Denney Ahmad Fauzi menyerahkan projek penahan hakisan tebingan Sungai Kampung Sageng di Biilik Mesyuarat Utama JPS Sarawak, hari ini. Turut kelihatan ADUN Simunjan, Awla Dris. Foto UKAS

KUCHING: Projek penahan hakisan tebingan Sungai Kampung Sageng dijangka siap menjelang April 2027, yang mana ia akan melindungi serta mengurangkan risiko kerosakan infrastruktur akibat hakisan.

Projek tersebut, yang menelan kos anggaran RM40,801,941.00, akan dilaksanakan dalam masa 24 bulan.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak menangani isu hakisan tebing sungai yang telah memberi kesan kepada kediaman penduduk di kawasan tersebut.

Sementara itu, projek penahan hakisan itu diharap dapat menjadi langkah awal dalam usaha berterusan kerajaan negeri memperkukuhkan infrastruktur, sekali gus memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan yang terdedah kepada ancaman hakisan sungai.

Sebelum itu satu majlis simbolik telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak di sini bagi menyerahkan projek penahan hakisan tebingan Sungai Kampung Sageng.

Projek daripada JPS itu diserahkan kepada kontraktor yang dilantik hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, yang turut menekankan kepentingan projek tersebut dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Awla ketika dihubungi menyatakan projek itu adalah hasil daripada perbincangan dan usaha berterusan bersama pihak JPS Sarawak untuk mencari penyelesaian terbaik bagi masalah hakisan yang berlarutan.

Selain itu, beliau juga berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah JPS Sarawak Datu Ir. Ts. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Simunjan Sanuyah Mohamad serta agensi-agensi kerajaan dan kontraktor yang terlibat dalam projek ini.

Semua pihak yang hadir memberikan komitmen penuh untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kepentingan bersama. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Enam peserta wakili Sarawak ke Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan
Next: Majlis ramah tamah wadah perkukuh kerjasama antara pemimpin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.