Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek penahan tanah runtuh di Kerapa Spak perkukuh keselamatan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek penahan tanah runtuh di Kerapa Spak perkukuh keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 5 hours ago

DATO Dr. Richard Rapu telah turun padang bersama Datuk Gerald Rentap Jabu bagi meninjau kawasan projek pembinaan penahan tanah runtuh sepanjang 150 meter di belakang Rumah Jilan, Kerapa Spak. Foto: Dr Richard Rapu

BETONG: Usaha memperkukuh keselamatan penduduk luar bandar terus diberi perhatian apabila projek pembinaan penahan tanah runtuh atau dinding gabion sepanjang 150 meter di belakang Rumah Jilan, Kerapa Spak, bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu berkata, beliau telah turun padang bersama Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu bagi meninjau kawasan projek serta mendengar taklimat berhubung pelaksanaan kerja tersebut.

Menurut beliau, projek itu merupakan satu langkah penting dalam menangani masalah hakisan tanah yang berlaku di kawasan berkenaan, di samping memastikan keselamatan penduduk rumah panjang terus terpelihara.

Katanya, pembinaan struktur penahan tanah runtuh itu amat diperlukan berikutan keadaan kawasan belakang rumah panjang yang berdepan risiko hakisan dan boleh mengancam keselamatan penduduk sekiranya tidak ditangani segera.

Selain pembinaan dinding gabion, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan parit konkrit sepanjang 150 meter serta sebuah dataran konkrit di belakang rumah panjang bagi menambah baik sistem perparitan dan kemudahan komuniti setempat.

“Pelaksanaan projek ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko tanah runtuh, malah memberi keselesaan yang lebih baik kepada penduduk melalui kemudahan infrastruktur yang lebih tersusun dan selamat,” katanya.

Mengikut taklimat yang disampaikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong, projek tersebut dijangka akan ditender pada April tahun ini dan dijangka mengambil masa sekitar empat bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Dr. Richard Rapu berkata, beliau berharap projek itu akan membawa manfaat besar kepada penduduk Rumah Jilan, khususnya dalam mengurangkan risiko bencana, melindungi kawasan penempatan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Kerapa Spak.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ziarah Aidilfitri perkukuh perpaduan masyarakat majmuk
Next: Jambatan konkrit RM5 juta di Kampung Beleti siap, mudahkan akses penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.