Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pemuliharaan sungai di Meradong dilaksana bagi tingkat sistem saliran
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek pemuliharaan sungai di Meradong dilaksana bagi tingkat sistem saliran

Utusan Sarawak 4 hours ago
WONG Soon Mee (dua kiri) menyaksikan penyerahan tapak projek pada semalam. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Kerja pemuliharaan beberapa sungai dan anak sungai di Daerah Meradong akan dilaksanakan bagi menambah baik sistem saliran serta mengurangkan risiko banjir dan hakisan di kawasan terlibat.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata pelaksanaan projek tersebut merupakan antara usaha berterusan bagi memastikan sistem saliran di kawasan luar bandar sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lebih cekap.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, projek pemuliharaan sungai ini penting bagi memastikan aliran air sentiasa lancar di samping mengurangkan risiko hakisan tebing sungai yang boleh menjejaskan keselamatan kawasan sekitar serta kesejahteraan penduduk setempat.

“Saya sentiasa berusaha untuk memperkukuh kemudahan asas di kawasan luar bandar khususnya yang berkaitan dengan sistem pengurusan air dan saliran di Parlimen Sarikei dan DUN Repok.

“Dalam pelaksanaan projek ini, beberapa lokasi telah dikenal pasti melibatkan kerja pemuliharaan sungai dan anak sungai di sekitar Daerah Meradong, di bawah seliaan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarikei,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, antara lokasi yang terlibat ialah Sungai Binatang di kawasan Palaie yang melibatkan satu anak sungai serta Sungai Tulai di kawasan Koperasi Tulai dan Jalan Tulai yang merangkumi tiga anak sungai.

“Kerja pemuliharaan juga dijalankan di Sungai Binatang kawasan Jalan Chai Hing yang melibatkan satu anak sungai.

“Turut terlibat adalah Sungai Padi di Jalan Sing Tung Kwong yang melibatkan satu anak sungai dan di Sungai Bakong di kawasan Jalan Sing Hua yang juga melibatkan kerja pemuliharaan satu anak sungai,” katanya.

Hadir mewakili beliau untuk menyaksikan penyerahan tapak projek tersebut ialah Wong Soon Mee, semalam.

Tambah Tiong Sii, pelaksanaan projek tersebut diharap dapat membantu menambah baik sistem saliran di kawasan berkenaan serta mengurangkan risiko banjir dan hakisan yang boleh menjejaskan kemudahan awam dan kediaman penduduk.

“Saya berharap semua projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan disiapkan mengikut jadual agar manfaatnya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Asap ‘fogging’ disangka kebakaran cetus kekecohan di Hotel Bintangor
Next: BESarawak perkukuh kerjasama industri, jana impak ekonomi RM483.5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.