Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan capai kemajuan 5.26 peratus
  • TEMPATAN

Projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan capai kemajuan 5.26 peratus

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas bercakap ketika ditemui media semasa lawatan kerja rasmi ke Projek Jambatan Rambungan.

LUNDU: Projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan sepanjang 560 meter kini dalam landasan tepat selepas diselamatkan dan diambil alih oleh Titanium Project Management Sdn Bhd sebagai kontraktor penyelamat.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerja pembinaan telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan kemajuan fizikal 5.26 peratus berbanding jadual 2.52 peratus, iaitu 2.7 peratus lebih awal daripada perancangan.

TINJAUAN semasa lawatan kerja rasmi ke Projek Jambatan Rambungan.

“Berdasarkan prestasi semasa yang memberansangkan, projek yang bernilai RM82 juta ini asalnya dijadualkan siap pada Mei 2027, namun kini kerajaan negeri mensasarkan ia dapat disiapkan lebih awal, iaitu pada Julai 2026.

“Kita telah berbincang dan dapati syarikat ini ada reputasi baik. Mereka ada keupayaan. Sebahagian besar bahan binaan sudah ada di tapak, cuma kabel sahaja yang belum tiba,”

“Hanya faktor cuaca menjadi satu-satunya halangan utama yang boleh menjejaskan kelancaran pembinaan,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan kerja rasmi ke Projek Jambatan Rambungan, hari ini.

RAKAMAN gambar kenangan bersama pihak yang terlibat semasa lawatan kerja rasmi ke Projek Jambatan Rambungan.

Tambah beliau, proses penyelamatan projek mengambil masa lebih kurang lima bulan yang melibatkan rundingan dengan kontraktor asal bagi memastikan struktur binaan seperti jambatan sementara dapat diselamatkan.

“Peralihan ini berjalan lancar. Struktur binaan yang lama masih boleh digunakan, dan pejabat tapak turut diambil alih.

“Kita buat penilaian berdasarkan kemajuan kerja, bahan binaan yang sedia ada, modal yang kukuh, serta tenaga kerja berpengalaman.
“Kerajaan negeri bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan terus memantau projek tersebut setiap satu hingga dua bulan bagi memastikan kelancaran pembinaan,” jelasnya.

KEADAAN semasa perkembangan Projek Jambatan Rambungan.

Projek tersebut sebelum ini lewat akibat masalah kewangan dan tenaga kerja kontraktor asal serta gangguan pandemik dan kemudiannya ditender semula Titanium Project Management Sdn Bhd dipilih sebagai kontraktor penyelamat melalui proses tender terbuka.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa Sarawak kini mempunyai 12 projek jambatan lain yang sedang berjalan di seluruh negeri.

Sementara itu, berkaitan isu jalan balak terbiar di pedalaman Sarawak, beliau berkata kerajaan negeri sedang merangka mekanisme untuk menaik taraf jalan tersebut daripada jalan kampung kepada jalan negeri bagi meningkatkan peruntukan penyelenggaraan.

“Keseluruhan jalan balak yang terbiar dianggarkan sepanjang 7,000 kilometer melibatkan kawasan seperti Baram, Kapit, Tatau, Skrang dan Belaga.

“Kertas cadangan untuk menaik taraf jalan-jalan ini sedang disediakan untuk dibentangkan kepada Kabinet negeri akan datang,” ujarnya.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perluas Anugerah Inspirasi Legasi Borneo ke peringkat global
Next: Kong highlights ongoing water pipe leakage issue at 3 Mile Market

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.