Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek pembentungan berlanjutan sekian lama di Kampung Gita kini dipergiat  
  • TEMPATAN

Projek pembentungan berlanjutan sekian lama di Kampung Gita kini dipergiat  

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO’ Fazzrudin Abdul Rahman melawat Projek Penurapan Jalan Semula jalan rosak berikutan kerja-kerja pembentungan di jalan Bunga Kenanga 6 ,Jalan Pinang Jawa Kuching. Turut hadir, Dato Hilmy Othman. Foto HERRIEY NAHA  

KUCHING: Usaha mempercepatkan kerja-kerja projek pembentungan di Kampung Gita yang berlanjutan sekian lama, kini dipergiatkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, berkata beliau sentiasa berhubung dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Pembentungan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk mempercepatkan penyelesaian projek tersebut.  

“Beberapa jalan utama yang telah selesai kerja pembentungan kini diserahkan kepada DBKU untuk diturap semula bagi keselesaan penduduk.  

“Jadi maka bermulalah sejak daripada minggu lepas, DBKU mula menurap jalan-jalan yang sudah tak dikacau oleh pihak pembentungan lagi.

“Bagaimanapun, terdapat jalan yang belum diturap kerana masih ada kerja penyambungan sistem kumbahan ke rumah-rumah penduduk,” katanya.

Fazzrudin berkata demikian ditemui media semasa Lawatan Kerja Projek Penurapan Semula Jalan Rosak berikutan Kerja-kerja Pembentungan, hari ini.

Jelasnya, kerja-kerja penurapan penuh akan dijalankan selepas projek penyambungan selesai bagi mengelakkan pembaziran.  

DATO’ Fazzrudin Abdul Rahman melawat Projek Penurapan Jalan Semula jalan rosak berikutan kerja-kerja pembentungan di jalan Bunga Kenanga 6 ,Jalan Pinang Jawa Kuching. Turut hadir, Dato Hilmy Othman. Foto HERRIEY NAHA  

Datuk Bandar DBKU, Dato Hilmy Othman pada masa sama, memaklumkan projek itu, sepatutnya siap pada Disember 2024, namun berlanjutan sehingga penghujung tahun ini atas beberapa isu teknikal.

“DBKU telah menerima dana khas hasil usaha Dato Fazzrudin Abdul Rahman untuk memastikan penurapan jalan dapat dilakukan segera tanpa menunggu jadual biasa di bawah Peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

“Kita harap cuaca baik dan penduduk memberikan kerjasama agar projek ini berjalan lancar seperti yang dirancang,” katanya.  

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak, Jamey Ngedat, turut memaklumkan sistem kumbahan baharu itu akan membawa sisa kumbahan terus ke loji rawatan di Bintawa, sekali gus mengelakkan pencemaran, dan gangguan kepada penduduk.  

“Dengan adanya sistem ini, air kumbahan tidak lagi menjadi gangguan kepada rumah-rumah di kawasan ini.

“Penduduk diharap bersabar dengan proses penyelesaian projek ini yang dijangka memberi manfaat besar dalam jangka panjang,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AI harus dipandu oleh nilai murni, hidayah
Next: Sudirman Kram Ketua Polis Daerah baharu IPD Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.