Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek pembentung bakal siap
  • TEMPATAN

Projek pembentung bakal siap

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK ALBUM… Datu Len (tiga, kanan) bergambar bersama KK Sehon Ujang dan Wanita PBB N41 Kuala Rajang yang turut serta semasa tinjauan projek, petang kelmarin.

SARIKEI: Projek pembinaan pembentung berturap di Kampung Drahman Kria dijangka siap sepenuhnya, tidak lama lagi.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, setelah siap projek tersebut, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk kampung Drahman Kria untuk menjalankan kegiatan seharian mereka.

“Projek ini menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2019 dan RTP 2020 yang bernilai RM400,000.

“Jadi, dari segi mulanya perjalanan projek ini adalah baik, tetapi oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB (Bersyarat) dan PKPP (Pemulihan), ia lambat sedikit selama empat bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual para pemberita selepas meninjau perjalanan projek tersebut, petang kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, mereka akan mengejar rancangan penyiapan projek tersebut seperti yang telah dijadualkan.

“Tetapi ada masalah sedikit, oleh kerana dari segi penghantaran batu untuk projek ini mengalami kelewatan, projek yang seharusnya siap seperti yang dijadualkan pada 18 Ogos 2020 mungkin akan siap sepenuhnya dalam masa seminggu lagi dari tarikh ini.

“Projek ini merupakan satu daripada penambahbaikan prasarana di kampung ini, yang mana kebanyakkan penduduk di kampung ini kita panggil penduduk ‘kampung dibah’, asal kampung Sarikei,” ujarnya.

Dalam pada itu, Datu Len yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, sebelum ini, jambatan kayu yang digantikan dengan projek tersebut sudah begitu usang dan keadaannya amat meresahkan penduduk kampung yang menggunakan jambatan usang tersebut.

“Alhamdulillah, kita ada peruntukan RTP berjumlah RM400,000 untuk membangunkan projek ini,” katanya lagi.

Jelasnya, ketua kaum (KK) di kampung tersebut ialah Sehon Ujang dan terdapat lebih 60 buah rumah penduduk.

Continue Reading

Previous: Kuching bakal miliki satu lagi jambatan ikonik
Next: Terpulang kepada PAS untuk bertanding pada PRN-12

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.