Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembangunan semula SK Haji Junid Gerigat siap sepenuhnya
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek pembangunan semula SK Haji Junid Gerigat siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 3 days ago
DATO Mohd Chee Kadir hadir pada majlis Penyerahan Projek Cadangan Menyiapkan Baki Kerja Untuk Pembangunan Semula SK Haji Junid, Gerigat di sini hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Kerajaan terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh kemudahan pendidikan luar bandar apabila projek pembangunan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Junid, Gerigat berjaya disiapkan dengan jayanya.

Majlis penyerahan rasmi projek tersebut hari ini disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada Cadangan Menyiapkan Baki Kerja Untuk Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Sarawak Menggunakan Peruntukan RM1 Bilion Fasa 1, yang dilaksanakan oleh JKR Sarawak.

DATO Mohd Chee Kadir hadir pada majlis Penyerahan Projek Cadangan Menyiapkan Baki Kerja Untuk Pembangunan Semula SK Haji Junid, Gerigat di sini hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Dalam ucapannya, Chee Kadir menzahirkan rasa syukur atas kejayaan menyiapkan projek tersebut selepas berdepan cabaran termasuk kegagalan kontraktor asal. 

Katanya, projek yang bermula pada 10 Julai 2020 dengan nilai kontrak asal RM5.7 juta telah disambung semula pada Oktober 2024 oleh kontraktor baharu, DHC Enterprise, bagi menyiapkan baki kerja bernilai RM335,000 dan selesai sepenuhnya pada Jun 2025.

“Penyediaan infrastruktur baharu ini bukan sekadar meningkatkan keselesaan guru dan murid, tetapi juga memperkukuh aspek keselamatan sekolah, termasuk pencegahan kebakaran,” katanya hari ini.

DATO Mohd Chee Kadir hadir pada majlis Penyerahan Projek Cadangan Menyiapkan Baki Kerja Untuk Pembangunan Semula SK Haji Junid, Gerigat di sini hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Beliau menambah, projek ini merupakan bukti nyata keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat luar bandar, khususnya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat.

Chee Kadir turut menggesa warga sekolah agar menjaga bangunan baharu dengan baik dan memanfaatkannya sepenuhnya demi kecemerlangan pendidikan generasi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Turut hadir Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong Muhammad Kashral Kamalmirza, wakil Pegawai Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Awet Gapor serta Guru Besar SK Haji Junid Gerigat, Jamel Razali.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: AADK Miri anjur Program Berjalan Cergas, galak belia sertai skuad antidadah
Next: Empat zon rumah panjang di DUN Kalaka terima lampu solar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.