Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembangunan luar bandar dipantau secara berterusan
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek pembangunan luar bandar dipantau secara berterusan

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dan Tuai Rumah Riti (kanan) mengangkat tikar di majlis Ngiling Tikai sebagai simbolik tamatnya Hari Gawai Dayak di rumah panjang tersebut. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Pelaksanaan projek pembangunan di kawasan luar bandar perlu dipantau secara berterusan bagi memastikan rakyat dapat menikmati manfaatnya tanpa sebarang kelewatan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, pemantauan yang konsisten penting bagi memastikan setiap projek yang diluluskan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai objektif yang ditetapkan.

“Pendekatan turun padang membolehkan pelbagai isu berkaitan pembangunan dikenal pasti lebih awal selain memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar demi kepentingan rakyat.

DATO‘ Sri Huang Tiong Sii bersama penduduk Rumah Murieng menjalankan upacara miring. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

“Keutamaan kita adalah memastikan projek yang diluluskan dapat disiapkan dengan segera supaya rakyat dapat menikmati kemudahan yang disediakan tanpa kelewatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke 13 rumah panjang di kawasan Meradong bagi meninjau perkembangan masyarakat setempat semasa memantau pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP), baru-baru ini.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok turut meluangkan masa bertemu penduduk rumah panjang untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan dan keperluan mereka berkaitan pembangunan serta pembaikan kemudahan di kawasan masing-masing.

“Setiap pandangan yang disuarakan oleh penduduk amat penting dalam membantu kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan yang benar-benar memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Lawatan seperti ini memberi peluang kepada saya untuk memahami keperluan sebenar masyarakat dan memastikan bantuan serta pembangunan dapat disalurkan secara lebih berkesan,” katanya.

Selain meninjau projek pembangunan, beliau turut menghadiri majlis Ngiling Tikai di Rumah Riti dan upacara miring di Rumah Murieng yang menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Gawai Dayak masyarakat setempat.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh penduduk rumah panjang yang turut mempersembahkan pelbagai hidangan tradisional Iban sebagai tanda penghargaan dan penghormatan.

Tambahnya, siri lawatan ke rumah panjang akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembangunan di kawasan Sarikei dan Meradong sentiasa berada pada landasan yang betul serta memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita akan terus memantau pelaksanaan projek dan memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan.

“Lawatan ke rumah panjang merupakan antara program rutin yang dilaksanakan oleh saya sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen Sarikei dalam usaha memastikan pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya lagi.

Antara kawasan yang turut dilawati dalam siri lawatan tersebut adalah Ulu Strass, Sungai Strass (Nanga Strass) dan Sungai Lemayong.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Ngabang Gawai kukuhkan perpaduan, SUPP Lingga santuni komuniti Kampung Putat
Next: Maklumat tepat percepat pelaksanaan pembangunan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.