Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembangunan Jepak perlu penyelarasan mantap antara agensi – Iskandar Turkee
  • Utara
  • WILAYAH

Projek pembangunan Jepak perlu penyelarasan mantap antara agensi – Iskandar Turkee

Utusan Sarawak 2 days ago
Iskandar bergambar bersama wakil agensi kerajaan selepas merasmikan Bengkel Projek Khas di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Kawasan DUN N67 Jepak di sebuah hotel di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Penyelarasan bersepadu antara agensi kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara berkesan, berimpak tinggi dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, berkata pelaksanaan projek pembangunan memerlukan komitmen dan kerjasama erat antara agensi teknikal seperti Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) agar isu di peringkat lapangan dapat ditangani dengan lebih cekap.

“Dengan adanya beberapa agensi hadir hari ini, kita dapat menyelaras dan mengenal pasti projek yang benar-benar memberi impak tinggi kepada masyarakat serta selaras dengan hala tuju pembangunan negeri di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030),” katanya.

Iskandar berucap pada Bengkel Projek Khas di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Kawasan DUN N67 Jepak yang diadakan di sebuah hotel di Bintulu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Projek Khas di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Kawasan DUN N67 Jepak yang diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut Iskandar, antara fokus utama bengkel berkenaan termasuk penyelesaian isu banjir dan penyelenggaraan infrastruktur asas, selain penilaian semula keperluan projek sosial seperti menaik taraf Klinik Kuala Tatau yang telah lama beroperasi serta pertimbangan mewujudkan balai bomba komuniti di kawasan Tatau.

“Kita lihat banjir besar sejak 2019 memberi banyak pengajaran. Pihak berkuasa tempatan seperti BDA dan DID perlu sepakat menentukan kawasan utama untuk pembinaan parit monsun atau kolam takungan sementara bagi melengahkan kenaikan paras air di kawasan perumahan,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerjasama agensi seperti BDA, JKR, DID, RELA serta komuniti setempat yang proaktif membantu ketika kejadian banjir.

Iskandar yakin pendekatan penyelarasan bersepadu antara agensi kerajaan dan komuniti mampu memastikan setiap projek pembangunan di Jepak benar-benar memberi kesan positif terhadap kesejahteraan penduduk setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki disambar buaya, ambil air di sungai ladang sawit Niah
Next: Pertengkaran suami isteri bertukar tragedi, anak perempuan cedera cuba meleraikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.