Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pemasangan lampu jalan DUN Bawang Assan bermula
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek pemasangan lampu jalan DUN Bawang Assan bermula

Utusan Sarawak 1 day ago
TURUN PADANG….Kevin serta pasukan dari SUPP Cawangan Bawang Assan dan jurutera dari SEB ketika turun padang meninjau kerja-kerja pemasangan lampu jalan yang kini telah pun dimulakan.

SIBU: Projek pemasangan lampu jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan kini telah dimulakan.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, projek tersebut melibatkan kawasan Jalan Hua Lai, Jalan Guong Ming, Jalan Kwong Ting, Jalan Sing, Jalan Lan Lan dan Jalan Kwong Hua yang melibatkan kos sebanyak RM190,000.

“Sebelum ini, kami telah mengemukakan permohonan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pemasangan lampu jalan di kawasan tersebut dan permohonannya telah diluluskan tahun lalu.

“Sejak itu, kami telah menjalankan tinjauan lokasi pemasangan bersama jurutera dari Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dan Sarawak Energy Berhad (SEB),” katanya, hari ini.

Beliau mezahirkan perasaan gembira melihat projek khas RTP tersebut akhirnya bermula.

“Melalui usaha bersama Kapitan Tang Chuo Ging dan Kapitan Chew Hoo Kiong, kami akan bekerjasama rapat dengan pihak SEB serta memantau pemasangan sehingga ia siap sepenuhnya,” ujarnya.

Kevin berharap apabila semua lampu jalan siap dipasang kelak, kawasan tersebut akan menjadi lebih terang dan selamat untuk penduduk serta pengguna jalan raya.

Terdahulu petang semalam, Kevin bersama pasukan dari SUPP Cawangan Bawang Assan serta jurutera dari SEB telah turun padang bagi meninjau kerja-kerja pemasangan lampu jalan yang kini telah pun dimulakan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KEMAS perkasa komuniti luar bandar menerusi Program Santunan Desa
Next: Operasi Loji Rawatan Air Acute Spaoh terjejas akibat kemarau berpanjangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.