Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek parkir Rumah Thomas Paulus, siap sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek parkir Rumah Thomas Paulus, siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 5 days ago
UNTUK RAKYAT…. Kevin (tengah) bersama pasukan SUPP Cawangan Bawang Assan melawat projek pembinaan tempat letak kereta di Rumah Thomas Paulus, Sebedil, Matu Daro, hari ini.

SIBU: Projek pembinaan parkir kereta di Rumah Thomas Paulus, Sebedil, Matu Daro yang dibiayai melalui dana khas Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah siap dan diserahkan secara rasmi hari ini.

Projek tersebut telah diserahkan oleh pihak kontraktor kepada Tuai Rumah Thomas Paulus, serta jawatankuasa rumah panjang berkenaan.

Turut disaksikan oleh pasukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan.

Projek naik taraf berkenaan bermula pada pertengahan Jun tahun ini dan berjaya disiapkan hasil kerjasama semua pihak yang terlibat.

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau berkata, pasukannya telah melawat rumah panjang itu tahun lalu untuk menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan khidmat jurutera daripada jabatan berkaitan bagi tujuan kajian dan perancangan.

“Tuai Rumah Thomas telah memaklumkan kepada kami mengenai masalah kekurangan parkir kereta yang dihadapi oleh penduduk.

“Disebabkan ruang yang terhad, penduduk terpaksa meletakkan kenderaan secara bertindih sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan,” katanya.

Kevin berkata, pihaknya merasa gembira kerana projek ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan dana khas di bawah RTP yang telah diluluskan oleh Premier Sarawak.

“Seluruh pelaksanaan projek ini diselia oleh Majlis Daerah Matu Daro dan hasil usaha serta kerjasama semua pihak yang terlibat, ia kini berjaya disiapkan sepenuhnya,” ujarnya.

Katanya, dengan siapnya tempat letak kereta itu bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, tetapi turut memperbaiki aliran trafik di kawasan tersebut.

“SUPP Cawangan Bawang Assan akan terus memberi perhatian terhadap keperluan infrastruktur komuniti, berusaha mendapatkan lebih banyak projek yang memberi manfaat kepada rakyat serta mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selamat dan selesa untuk penduduk,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 303 warga SJKC Wah Man sertai latihan kebakaran anjuran BBP Sarikei
Next: Ular lidi satu meter berjaya ditangkap APM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.