Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Naik taraf STOLport Bario tingkat kapasiti penerbangan, perkukuh akses pedalaman
  • TEMPATAN

Naik taraf STOLport Bario tingkat kapasiti penerbangan, perkukuh akses pedalaman

Utusan Sarawak 12 hours ago
PANTAU…Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin (lima dari kanan) ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala (empat dari kanan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu semasa memantau projek menaik taraf STOLport Bario, hari ini.

MIRI: Projek menaik taraf lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bario yang kini giat dilaksanakan dijangka meningkatkan kecekapan operasi, keselamatan penerbangan dan membolehkan pesawat Twin Otter beroperasi pada kapasiti maksimum 19 penumpang, berbanding hanya sembilan sebelum ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, projek bernilai lebih RM20 juta ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan setakat Mei 2025, kemajuan fizikal mencapai 30.46 peratus, melebihi jadual asal.

“Setelah siap, peningkatan kapasiti ini bakal memberi manfaat besar kepada penduduk Bario, khususnya dalam aspek pengangkutan, bekalan harian, pendidikan, kesihatan dan pelancongan,” katanya semasa lawatan ke tapak projek.

Skop utama termasuk pemanjangan landasan daripada 671 meter kepada 930 meter, penurapan semula, pembinaan clearway, pemasangan Sistem Cuaca Automatik (AWS), pagar keselamatan baharu, serta pembaikan bangunan terminal.

Kim Shin turut memaklumkan bahawa pihak kementerian memohon peruntukan tambahan untuk membina sambungan apron yang mampu menampung dua pesawat dan dua helikopter, termasuk penambahbaikan laluan taxiway serta kawasan tempat letak kereta.

Beliau juga memberi perhatian kepada keperluan menambah kekerapan penerbangan semasa musim perayaan dan mengurangkan kekangan cuaca yang menjejaskan operasi penerbangan selepas 4.00 petang.

“STOLport Bario adalah nadi utama hubungan udara kawasan pedalaman. Kementerian akan terus komited memastikan kemudahan ini beroperasi dengan selamat, cekap dan menyokong pembangunan luar bandar secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada JKR Sarawak, CAAM, MAHB serta semua pihak teknikal yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Persembahan lagu Bahasa Cina pupuk cinta budaya, keyakinan diri murid
Next: Info-Fun dengan UKAS perkukuh peranan belia, dijangka diperluas ke daerah lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.