Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf SK Babang capai 83.34 peratus, siap berperingkat tahun ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek naik taraf SK Babang capai 83.34 peratus, siap berperingkat tahun ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
PROJEK pembinaan gantian penuh kemudahan di SK Babang di bawah Program Daif Sarawak 2022 kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83.34 peratus. Foto: JKR Sarawak

SARATOK: Projek pembinaan gantian penuh kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Babang di bawah Program Daif Sarawak 2022 kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83.34 peratus setakat 25 Februari tahun ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, projek tersebut dijangka diserahkan secara berperingkat dengan penyerahan bagi peringkat pertama dijadualkan pada 30 April manakala peringkat kedua pula pada 31 Oktober depan.

Projek tersebut melibatkan pembinaan gantian penuh enam bilik darjah, satu unit prasekolah, asrama pelajar, enam unit rumah guru serta pelbagai kemudahan sokongan lain bagi meningkatkan prasarana pendidikan di sekolah berkenaan.

PROJEK pembinaan gantian penuh kemudahan di SK Babang di bawah Program Daif Sarawak 2022 kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83.34 peratus. Foto: JKR Sarawak

Pelaksanaan projek itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggantikan bangunan sekolah daif dengan kemudahan yang lebih selamat, moden dan kondusif untuk warga sekolah.

Skop pembinaan bagi peringkat pertama merangkumi blok baharu tiga tingkat yang menempatkan pentadbiran, akademik dan kantin, selain blok setingkat bagi unit prasekolah baharu.

Turut dibina pada peringkat tersebut ialah blok asrama setingkat, blok dewan makan serta blok dua tingkat yang menempatkan enam unit rumah guru.

PROJEK pembinaan gantian penuh kemudahan di SK Babang di bawah Program Daif Sarawak 2022 kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83.34 peratus. Foto: JKR Sarawak

Selain itu, projek ini turut melibatkan pembinaan kemudahan sokongan seperti pondok pengawal, pusat pengumpulan sampah, bilik pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) serta kejuruteraan awam dan struktur (C&S) yang berkaitan.

Sementara itu, pembinaan bagi peringkat kedua melibatkan pembangunan padang bola sepak baharu serta kerja-kerja landskap bagi melengkapkan keseluruhan kemudahan di kawasan sekolah tersebut.

Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada murid, guru serta kakitangan SK Babang dengan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program ‘nguar’ dan agihan bubur lambuk PPD Sri Aman eratkan ukhuwah Ramadan
Next: Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman agih 500 bekas bubur lambuk kepada agensi kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.