Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf sistem perparitan Kampung Sindang mula dilaksana
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek naik taraf sistem perparitan Kampung Sindang mula dilaksana

Utusan Sarawak 2 days ago
SERAH SURAT PROJEK…Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad, bersama Adam Abu Hanipah, menyerahkan surat projek ini secara rasmi kepada kontraktor pelaksana.

KOTA SAMARAHAN: Satu sesi penyerahan tapak bagi projek Naik Taraf Sistem Perparitan di Kampung Sindang telah diadakan baru-baru ini, sebagai sebahagian daripada Projek Kampung Angkat MADANI anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia.

Pelaksanaan projek tersebut turut melibatkan kerjasama rapat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Samarahan selaku agensi teknikal, bagi memastikan kerja naik taraf dilaksanakan mengikut piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah ROS Malaysia, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad, bersama Timbalan Ketua Pengarah ROS Malaysia, Adam Abu Hanipah, yang turut menyerahkan projek ini secara rasmi kepada kontraktor pelaksana.

Projek berkenaan dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat dengan mengurangkan risiko banjir kilat serta meningkatkan keberkesanan sistem saliran di kawasan kampung.

Penduduk Kampung Sindang menyambut baik inisiatif ini sebagai salah satu usaha berterusan kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan infrastruktur desa.

Menurut Mohd Zulfikar, projek ini merupakan sebahagian daripada komitmen ROS untuk mendekati masyarakat akar umbi melalui program yang bukan sahaja bersifat pembangunan fizikal, tetapi juga memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti.

Beliau menambah, kerjasama erat dengan DID Samarahan membolehkan projek ini dilaksanakan mengikut piawaian teknikal yang tinggi, sekali gus memastikan keberkesanan sistem perparitan dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, wakil penduduk memaklumkan bahawa masalah perparitan yang dihadapi sejak sekian lama telah memberi kesan kepada kehidupan harian, dan mereka berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kanak-Kanak hidap penyakit crohn terima perhatian Michael Tiang
Next: Kayuhan Sihat Borneo 2025 semarak perpaduan dan gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.