Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Masjid Al-Jabbar Sepupok sasar lengkapkan keperluan jemaah
  • Utara
  • WILAYAH

Projek naik taraf Masjid Al-Jabbar Sepupok sasar lengkapkan keperluan jemaah

Utusan Sarawak 5 hours ago
ALBUM…Datuk Rosey Yunus rakam kenangan bersama Jawatankuasa Masjid Al Jabbar dan pihak kontraktor serta ketua-ketua kaum setempat pada Majlis Penyerahan Tapak Projek Kerja Pengubahsuaian Dan Penambahan Masjid Al-Jabbar, Sepupok Niah, hari ini.

NIAH: Projek pengubahsuaian dan pembesaran Masjid Al-Jabbar Sepupok di sini bakal dilaksanakan pada 25 Februari ini oleh SBMJ Engineering Sendirian Berhad.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata projek bernilai RM7 juta itu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan, bermula hari ini sehingga 15 Februari 2027.

“Antara skop utama projek ialah pembinaan ruang limpah baharu dan kawasan zon turun penumpang bagi memudahkan pergerakan kenderaan serta jemaah. Selain itu, bangunan sedia ada turut akan melalui kerja pengubahsuaian bagi meningkatkan keselesaan dan kemudahan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian pada Majlis Penyerahan Tapak Projek Kerja Pengubahsuaian dan Penambahan Masjid Al-Jabbar, Sepupok, Niah, hari ini.

DATUK Rosey Yunus ketika diberi penerangan tentang Projek kerja pengubahsuaian dan pembesaran Masjid Al-Jabbar Sepupok oleh pihak kontraktor, hari ini.

Menurutnya, dengan pelaksanaan projek ini, Masjid Al-Jabbar Sepupok dijangka menjadi pusat ibadah dan aktiviti komuniti yang lebih selesa, tersusun serta memenuhi keperluan masyarakat setempat selaras dengan pembangunan kawasan berkenaan.

Projek itu turut merangkumi pembinaan menara dan sebuah bangunan serbaguna yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti komuniti.

Beliau menambah, projek yang dilaksanakan oleh Majlis Islam Sarawak ini melibatkan kerja-kerja pembesaran dan naik taraf bangunan sedia ada bagi menampung keperluan jemaah yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

KEADAAN Masjid Al Jabbar ketika ini dan gambar rekaan yang akan disiapkan.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Khas Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Jamalie Busri, Pengerusi Masjid Al-Jabbar Niah Yusoff Ahmad, Pengarah Urusan SBMJ Engineering Sendirian Berhad Kiu Kuong Kiet, serta ketua-ketua kaum Batu Niah dan Sepupok.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Projek RTP perkasa infrastruktur pendidikan di Meradong
Next: Padah sambar beg berisi RM1,500 di Daro, lelaki dipenjara lapan bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.