Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Kolam Renang Awam Miri disambung Februari
  • WILAYAH

Projek naik taraf Kolam Renang Awam Miri disambung Februari

Utusan Sarawak 2 days ago
KOLAM Renang Awam Miri.

MIRI: Projek cadangan kerja naik taraf dan pembinaan Kawasan Pembelajaran Luar Berbumbung (COLA) di Kolam Renang Awam Miri akan diteruskan dan tidak akan terbengkalai meskipun kontrak asal projek tersebut telah ditamatkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting berkata, keputusan menamatkan kontrak itu dibuat selepas pertimbangan sewajarnya serta selaras dengan prosedur kontrak bagi memastikan pelaksanaan projek dapat diteruskan secara lebih cekap, teratur dan mampan, di samping melindungi kepentingan awam.

Menurut beliau, satu pemeriksaan tapak bersama telah berjaya dilaksanakan pada 22 Disember lepas dengan penglibatan semua pihak berkaitan bagi mengesahkan serta mendokumentasikan kerja-kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor terdahulu.

“Langkah ini membolehkan penilaian dan penyelesaian bayaran dilakukan secara adil dan telus terhadap kerja-kerja yang telah dilaksanakan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau semalam.

Beliau berkata, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) kini dalam proses melantik kontraktor penyelamat bagi menyiapkan baki kerja yang masih belum dilaksanakan dengan kerja pembinaan di bawah kontrak baharu dijangka bermula pada Februari ini.

Beliau menambah, baki skop kerja dianggarkan mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya, dengan sasaran penyiapan projek pada suku ketiga (Q3) 2026.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen SSC untuk memastikan kemudahan Kolam Renang Awam Miri dapat dinaik taraf dengan selamat, berkualiti dan memberi manfaat kepada penduduk setempat khususnya pelajar, atlet serta masyarakat umum.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan Foochow Lawas terus kukuh selepas 50 tahun penubuhan
Next: Jalan Tun Datu Tuanku Haji Bujang ditutup separa mulai hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.