Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf kawasan parkir rumah panjang diluluskan
  • WILAYAH

Projek naik taraf kawasan parkir rumah panjang diluluskan

Utusan Sarawak 4 months ago

Lau (kedua kanan) meneliti pelan projek untuk kawasan parkir di Rumah Shia Dangol.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan berjaya mendapatkan peruntukan khas untuk menaik taraf kawasan parkir di Rumah Shia Dangol, Tanjung Bekakap dan Rumah Bujang Uleh, Sungai Passai.

Pengerusinya, Kaunselor Kevin Lau, berkata projek-projek tersebut sedang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dengan kos sebanyak RM160,000, yang telah pun dimulakan.

“Kedua-dua projek ini dibiayai melalui dana khas Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah diluluskan oleh Premier Sarawak.

“Kami telah menjalankan tinjauan tapak bersama pemimpin komuniti dan jurutera dari MDLBS tahun lalu untuk mencari penyelesaian terbaik yang memenuhi keperluan semua pihak,” jelasnya.

Lau berkata pasukannya akan memantau perkembangan projek bagi memastikan ia disiapkan secepat mungkin dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Pertandingan kicau burung murai di Utara Sarawak
Next: ‘Malam Pesta Muda Mudi’ eratkan hubungan pemimpin, penduduk Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.