Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jambatan Jalan Moh Seng RM400,000 dimulakan hari ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek naik taraf jambatan Jalan Moh Seng RM400,000 dimulakan hari ini

Utusan Sarawak 1 day ago

Friday Belik pada majlis ringkas penyerahan tapak projek daripada Jabatan Pengairan dan Saliran kepada kontraktor yang berjaya dilantik, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

KRIAN: Penduduk di Jalan Moh Seng, Saratok bakal menarik nafas lega apabila projek pembinaan jambatan baharu di kawasan itu telah dimulakan secara rasmi hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik hadir pada majlis ringkas penyerahan tapak projek daripada Jabatan Pengairan dan Saliran kepada kontraktor yang berjaya dilantik.

Jambatan tersebut katanya dibina bagi menggantikan jambatan lama yang rosak akibat tanah runtuh sebelum ini, sekali gus menamatkan kesukaran penduduk sekitar untuk berulang-alik.

Projek berimpak tinggi itu menggunakan peruntukan daripada Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) khusus untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Friday Belik pada majlis ringkas penyerahan tapak projek daripada Jabatan Pengairan dan Saliran kepada kontraktor yang berjaya dilantik, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

Dengan kos pembinaan melebihi RM400,000, jambatan baharu itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

Menurut Friday, jambatan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan harian lebih 20 keluarga, malah penting untuk keselamatan dan kelancaran akses ke pusat bandar serta kawasan sekitarnya.

“Apabila jambatan ini siap nanti, keresahan penduduk akan terubat dan kehidupan mereka akan lebih mudah. Inilah bukti kerajaan Sarawak sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Simunjan ziarah mangsa kebakaran di Kampung Sageng Hilir
Next: APM Sarikei bantu hantar mangsa cedera ketika bermain bola sepak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.