
BETONG: Projek menaik taraf Jalan Paya Bakong dan jajaran Debak Fasa 1 di Bahagian Betong yang dilaksanakan di bawah Program Projek Rakyat telah siap sepenuhnya pada 7 April lalu.
Menurut kenyataan media Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hari ini menjelaskan, projek berkenaan melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur jalan bagi meningkatkan kemudahan perhubungan di kawasan tersebut.
Skop pelaksanaan Fasa 1 merangkumi menaik taraf kira-kira enam kilometer jalan tanah sedia ada kepada jalan batu bagi memastikan laluan lebih kukuh dan selamat digunakan oleh penduduk setempat.
Selain itu, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan tiga unit pembetung kotak konkrit bertetulang baharu serta kerja-kerja meninggikan tambak jalan sedia ada bagi mengurangkan risiko banjir dan kerosakan jalan.


Pelaksanaan projek ini dilihat sebagai satu inisiatif penting dalam memperkukuh jaringan jalan luar bandar, khususnya dalam meningkatkan tahap aksesibiliti dan mobiliti penduduk di kawasan terlibat.
Menurut kenyataan itu lagi, kemudahan jalan yang lebih baik akan memudahkan urusan harian penduduk termasuk aktiviti ekonomi seperti pertanian, perniagaan kecil dan perkhidmatan.
Dalam jangka panjang, projek ini dijangka memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi setempat selain meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya di kawasan Betong.
Oleh Adi Safarman

Tanah runtuh berhampiran rumah panjang, penduduk Rumah Saging diingatkan berwaspada
SRI AMAN, 17 Oktober: Penduduk Rumah Saging, Panggil, diminta supaya sentiasa berwaspada susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira 1.2

PRS Kakus perkukuh kesepakatan, persediaan PRN jadi keutamaan
BINTULU, 17 Oktober: Kesepakatan dalam kalangan ahli dan penyelarasan gerak kerja parti menjadi tumpuan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian N60

Rosey gesa penduduk beri kerjasama jayakan projek pembangunan Kampung Sinop
BEKENU, 17 Oktober: Kerjasama dan sokongan penduduk amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan di Kampung Sinop berjalan lancar, sekali

Beting Maro terima suntikan RM205 juta melalui 46 projek BDDA
PUSA, 17 Oktober: Sebanyak 46 projek pembangunan dengan nilai keseluruhan RM205 juta sedang dan akan dilaksanakan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian

Persediaan atlet akuatik Sarawak ke Sukma 2028 bermula sekarang
KUCHING, 17 Oktober: Persediaan atlet sukan akuatik Sarawak bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2028 perlu dimulakan dari sekarang dengan penekanan

Akuatik Sarawak agih insentif RM60,900 kepada atlet dan jurulatih Sukma 2026
KUCHING, 17 Oktober: Akuatik Sarawak (ASWK), nama baharu bagi Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS), mengagihkan insentif berjumlah RM60,900 kepada atlet