Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan kerikir Rumah Bala Senta, Rumah Magerat Rentap siap
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan kerikir Rumah Bala Senta, Rumah Magerat Rentap siap

Utusan Sarawak 2 years ago

UNTUK RAKYAT… Safiee ketika melawat projek naik taraf jalan menghubungkan Rh Bala Sentan dan Rh Mageret Rentap di Sungai Stubah, Meradong.

SIBU: Projek naik taraf jalan kerikir (gravel road) sepanjang 2.5 kilometer menghubungkan Rumah (Rh) Bala Sentan dan Rh Magerat Rentap, Sungai Stubah, Meradong telah siap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek tersebut dilaksanakan dengan peruntukan khas Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM800,000 yang diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Projek ini telah dimulakan secara berperingkat sejak tiga tahun yang lepas dengan membina jalan ban ‘bund’ dan beberapa buah jambatan melalui peruntukan RTP tahunan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, projek ini telah berjaya buat pertama kalinya menghubungkan dua buah rumah panjang melalui jalan raya yang secara keseluruhannya sepanjang 5.2 KM dari Jalan Tanjung Manis-Sibu.

“Projek ini bukan sahaja sebagai perhubungan jalan raya, tapi bakal merancakkan lagi aktiviti ekonomi khususnya sektor pertanian penduduk di kawasan Sungai Stubah. Sebelum ini kawasan ini hanya bergantung dengan pengangkutan sungai sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Safiee bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) selaku agensi pelaksana mengadakan lawatan dan Site Final Inspection bagi RTP Khas 2022 Naik Taraf Jalan Menghubungkan Rh. Bala Sentap dan Rh. Magerat Rentap, Sungai Stubah, Meradong.

Turut hadir,  Penolong Jurutera DID Sarikei, Husaini Ahie serta yang lain.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: 32 ahli majlis termasuk 10 muka baharu angkat sumpah di MDS
Next: BSMM cadang peti pertolongan cemas disediakan di setiap medan selera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.