Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan ke Ulu Teru mula dilaksana, manfaat hampir 4,000 penduduk
  • Utara
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan ke Ulu Teru mula dilaksana, manfaat hampir 4,000 penduduk

Utusan Sarawak 9 hours ago
HADIR…Timbalan Premier yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika tiba pada majlis pecah tanah naik taraf jalan ke Kampung Ulu Teru, Tinjar hari ini.

MIRI: Projek menurap jalan ke Kampung Ulu Teru yang sekian lama dinantikan akhirnya bermula hari ini, sekali gus membuka lembaran baharu kepada usaha memperkukuh jaringan perhubungan luar bandar di kawasan berkenaan.

Majlis pecah tanah projek itu telah disempurnakan oleh Timbalan Premier yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menandakan permulaan rasmi pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi tersebut.

Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak itu merangkumi kerja menaik taraf jalan tanah dan batu kerikil sedia ada, selain pembinaan jalan baharu bagi menambah baik akses ke Kampung Sungai Bong, Sungai Buti dan Ulu Teru.

Projek ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,872 penduduk melibatkan 23 rumah panjang, sebuah sekolah serta sebuah klinik di kawasan terbabit.

Keadaan jalan sedia ada yang uzur dan sering tidak dapat dilalui terutama ketika musim hujan sebelum ini telah menjejaskan pergerakan penduduk, khususnya mereka yang bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan.

Sehubungan itu, projek ini akan menaik taraf kira-kira 23.4 kilometer jalan kepada piawaian premix, sekali gus

menyediakan laluan yang lebih selamat, selesa dan boleh digunakan sepanjang masa.

Selain itu, skop projek turut merangkumi pembinaan sistem perparitan dan pembetung, turapan jalan serta perabot jalan, pemasangan lampu jalan solar, pembinaan enam jambatan jenis RSJ serta sebuah jambatan konkrit bertetulang.

Dengan tempoh pelaksanaan selama 24 bulan, projek ini dijangka meningkatkan tahap keselamatan jalan raya selain memperkukuh hubungan antara kawasan luar bandar dengan bandar berhampiran.

Pada masa sama, kemudahan pengangkutan yang lebih baik turut dijangka merangsang pertumbuhan sosioekonomi penduduk setempat.

Majlis berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan infrastruktur luar bandar demi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Larian Sarikei Jambatan Tun Tuanku Haji Bujang Separuh Maraton 2026 tawar hadiah keseluruhan RM60,000
Next: KCFM Petra Jaya edisi raya meriah, perkukuh gaya hidup sihat dan silaturahim komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.