Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan ke sungai di Rumah Panjang Mupoh Atas
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan ke sungai di Rumah Panjang Mupoh Atas

Utusan Sarawak 11 hours ago
MAJLIS serah tapak bagi projek naik taraf Jalan ke Sungai di Rumah Panjang Mupoh Atas, Spak, dekat sini semalam. Foto Pusat Khidmat Parlimen Betong

BETONG: Satu lagi projek penting demi kesejahteraan masyarakat luar bandar direalisasikan menerusi majlis serah tapak bagi projek naik taraf Jalan ke Sungai di Rumah Panjang Mupoh Atas, Spak.

Majlis ini melibatkan kerjasama erat antara Pusat Khidmat Parlimen Betong dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar bersama agensi pelaksana, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata projek tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemudahan asas serta memenuhi keperluan utama masyarakat pedalaman.

“Skop projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan sedia ada dari Rumah Panjang Mupoh Atas ke kawasan sungai yang merupakan laluan penting bagi aktiviti harian penduduk,” jelas beliau.

Dr Richard berharap kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan segera dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan demi manfaat bersama penduduk setempat.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya bersama agensi terlibat akan memantau secara rapi pelaksanaan projek ini agar berjalan lancar, menepati jadual serta memenuhi piawaian teknikal dan keselamatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Status pelaksanaan semasa projek pembangunan DUN N.38 Kalaka disemak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.